Isnin, April 12, 2010

Matahari Sudah Terbit Dari Barat di Marikh. Di Bumi?..makin dekat...


Planet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, di mana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi di sebelah barat.

Maklumat dari NASA tentang Planet Marikh seperti berikut :

MERM (MARS Exploration Rover Mission) -24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction.

Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!

Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berfikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa yang sama di masa yang akan datang?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, pintu taubat sudah tiada"

( Hadith : Muslim)

"Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata : Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingati. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingatkan?” Sahabat menjawab, “Kami mengingatkan tentang hari kiamat.” Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan : Dukhan (kabut asap), Dajjal, binatang (yang pandai berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa a.s, Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar."

( Hadis : Muslim)

Sesungguhnya Allah itu benar, Malaikat itu benar, Rasul itu benar, Al-Quran itu benar dan Hari Akhirat itu benar....sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Oleh KETAYAPHIJAU
Baca selanjutnya...

Jumaat, April 09, 2010

Sarapan pagi seorang Menteri Besar...


Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.Mana nak cari MB macam ni?

Oleh WAN RUSMA DERIS
Baca selanjutnya...