Rabu, September 30, 2009

Soalan yang susah, dengan jawapan yang bijak!


Untuk menjawab soalan bukan sahaja memerlukan pengetahuan teknikal malah perlu dengan kehadiran minda akan akal untuk menjawab dengan tepat pada masa yang tepat;


S: Bagaimana anda mampu menjatuhkan sebiji telur diatas lantai konkrit tanpa memecahkannya?
J: Konkrit adalah terlalu keras untuk dipecahkan.

S: Sekiranya lapan orang memerlukan sepuluh jam untuk membina sebuah benteng, berapa lama masa yang diperlukan oleh empat orang untuk membinanya?
J: Masa tidak diperlukan lagi kerana benteng itu telah pun siap dibina.

S: Sekiranya anda mempunyai tiga biji apel dan empat biji oren disebelah tangan sementara disebelah tangan lagi ada empat biji apel dan tiga biji oren, akhirnya apa yang anda ada?
J: Tangan yang begitu besar.

S: Bagaimana anda ingin mengangkat seekor gajah dengan sebelah tangan?
J: Rasanya tidak menjadi masalah selagi tidak ditemui gajah dengan sebelah tangan.

S: Bagaimana seorang lelaki boleh hidup tanpa tidur selama lapan hari?
J: Tidak ada masalah kerana dia tidur pada sebelah malamnya.

S: Sekiranya anda mencampakkan sebiji batu yang berwarna merah kedalam lautan yang biru, apa akan jadi padanya?
J: Ia akan basah atau tenggelam begitu sahaja.

S: Apa yang kelihatan seperti sebelah apel?
J: Bakinya yang sebelah lagi.

S: Apa yang anda tidak boleh makan sebagai sarapan pagi?
J: Makan malam.

S: Bagaimana bentuk Tasik Bengal?
J: Cecair.

Lantas penemuduga berkata, "saya akan tanya anda sepuluh soalan mudah atau satu soalan yang sangat susah, terpulang kepada anda, fikir baik-baik"

Pemuda itu berfikir sejenak dan menjawab, "saya memilih untuk menjawab satu soalan yang sangat susah".

"Baik, selamat berjaya. Anda telah membuat pilihan anda, sekarang jawab soalan ini..."

"Apa yang datang terlebih dahulu, malam atau siang?"

Pemuda itu terkejut memandangkan jawapannya nanti akan menentukan sama ada dia bakal diterima bekerja ataupun tidak. Dia mengambil sedikit masa berfikir dan menjawab, "jawapannya siang, tuan". Lalu penemuduga itu bertanya lagi, "kenapa begitu?".

Pemuda itu berkata, "maaf tuan, tuan telah berjanji untuk bertanya hanya satu soalan yang sangat susah dan tidak ada lagi soalan yang KEDUA nya", akhirnya dia diterima bekerja.

'Kemahiran teknikal lahir daripada sesuatu yang kompleks sementara kreativiti lahir dari ketajaman akal dan minda'

"MULAKAN DENGAN MELAKUKAN SESUATU YANG PERLU DILAKUKAN, KEMUDIAN SESUATU YANG TIDAK MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN DAN AKHIRNYA ANDA TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG MUSTAHIL DILAKUKAN"

Baca selanjutnya...

Foto terkini Dr Lo' Lo'


Foto-foto terbaru ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali ketika menyambut Hari Raya Adilfitri minggu lalu, kini dipaparkan dalam blognya.

Menurut seorang ahli keluarganya, lima keping foto tersebut dirakamkan ketika Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa PAS, menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kedah dan di Perak minggu lalu.



Ditanya mengenai tiga keping gambar yang memaparkan catatan 1 Mac 2008, beliau berkata, ia adalah kesilapan fungsi tetapan tarikh pada kamera yang digunakan dan mengesahkan semua gambar tersebut diambil ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya lagi, foto pada tarikh tersebut diambil bersama ahli keluarga mentua Dr Lo' Lo', di Tandop, Alor Setar Kedah pada hari raya pertama.

Manakala dua keping gambar lagi termasuk gambar Dr Lo' Lo' sedang menjamah lemang bersama ahli keluarganya - yang bertarikh 21 September lalu atau hari raya kedua - dirakamkan di kediaman bondanya di Kampung Tengku Husin, Ipoh.

Ini merupakan foto terkini itu Dr Lo' Lo' selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan beliau tetap menerima kedatangan tetamu termasuk pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi dilaporkan tidak bersedia ditemuramah oleh wartawan.

Ditanya mengenai kesihatan Dr Lo' Lo' sekarang ini, ahli keluarganya itu berkata: "Alhamdulillah..."

Sumber berita: www.malaysiakini.com
Baca selanjutnya...

Tiga ahli politik berhibur guna dadah


KEMAMAN - Tiga ahli politik ditahan kerana memiliki dan mengambil dadah ketika berhibur di pusat karaoke di sebuah rumah di Kampung Kijal di sini kelmarin.

Ketiga-tiga lelaki berusia di antara 41 hingga 50 tahun itu diberkas oleh sepasukan lapan anggota polis di dalam sebuah bilik di rumah salah seorang ahli politik berkenaan.

Polis yang membuat pemeriksaan ketika serbuan pada pukul 3 petang itu kemudian menemui satu tiub heroin di atas lantai bilik tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dan risikan polis.

"Ujian air kencing mendapati salah seorang ahli politik itu positif heroin manakala dua lagi mengambil pil kuda," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber berita: www.kosmo.com.my
Baca selanjutnya...

AWAS! Kanser daripada sotong kering


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.


"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang," kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan," ujarnya.



CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Baca selanjutnya...

100 terkoban tsunami landa Samoa


Kejadian tsunami melanda negara kepulauan Pasifik American Samoa dan Samoa Barat, hari ini dan memusnahkan perkampungan serta meragut banyak korban, dipercayai lebih 100 orang, manakala ratusan lagi cedera, demikian menurut agensi berita Reuters.


Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi sekuat 8.0 berlaku di dasar laut dekat American Samoa, dengan laporan yang menyebut kesan tsunami itu juga sampai ke New Zealand, mengakibatkan peningkatan paras air laut di beberapa negara kepulauan Pasifik Selatan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah membatalkan amarannya, tetapi Agensi Kajicuaca Jepun mengeluarkan arahan tsunami bagi kawasan di pantai timur negara itu, dengan kemungkinan dilanda tsunami setinggi 50sm (2 kaki).

Tsunami besar berlaku di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 yang mengorban kira-kira 230,000 orang di 11 negara.

Sejurus selepas radio tempatan mengumumkan amaran tsunami, ombak besar melanda Pago Pago - ibunegara American Samoa, perkampungan serta tempat peranginan di pantai selatan kepulauan tersebut, kata saksi.

"Dipercayai mungkin hampir 100 terkorban," kata penolong pegawai eksekutif pejabat pengurusan bencana Samoa Barat, Ausegalia Mulipola.

"Kami masih melancarkan kerja-kerja mencari mangsa-mangsa lain di kawasan terbabit," katanya kepada Reuters, sambil berkata, pulau utama Upolu merupakan yang paling teruk dilanda tsunami.

"Terdapat laporan yang mengadakan ada perkampungan di mana rumah-rumah penduduknya dihanyutkan air laut," katanya.

"Manakala sesetengah tempat ranap dan tsunami turut membawa banyak pasir dari pantai. Jadi terdapat laporan yang mengatakan pasir menimbus mayat-mayat mangsa yang terkorban. Jadi kami memerlukan peralatan khas untuk mencari mayat-mayat yang tertimbus dalam pasir," katanya.

Di American Samoa, sebuah wilayah Amerika Syarikat (AS), jumlah kematian rasmi ialah 14 orang, tetapi menurut para pegawai, angka itu mungkin bertambah.

Lima ombak tsunami merempuh Pago Pago, menenggelami pusat perniagaan di pelabuhannya serta memaksa lapangan terbang ditutup sementara.

Yachtsman Wayne Hodgins, yang kebetulan berada di pelabuhah Pago Pago harbour, berkata, beliau terdengar ada orang dihanyutkan tsunami.

Menurutnya, air yang besar dan ganas, datang dan surut dengan begitu cepat

Seorang pegawai pelancongan di American Samoa, David Vaeafe berkata, paras air naik tiga minit selepas amaran tsunami dikeluarkan dan memusnahkan kampung-kampung kecil di sekitar ibunegara itu.

"Akses ke Pago Pago telah ditutup. Paras air mencecah hingga ke tingkat satu. Stesen radio terpaksa dikosongkan, banyak kerosakan berlaku," kata Vaeafe yang bercakap dari Pago Pago kepada kepada Stesen Sky Televisyan Australia.

Terdapat laporan berlaku kejadian memecah masuk pasaraya di Pago Pago ketika orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bekalan makanan.

Kejadian tsunami itu mengakibatkan paras ombak mencecah 1.5 meter di atas paras biasa di American Samoa, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik Barat di Hawaii. Bagaimanapun tiada laporan rasmi bahawa paras ombak mencecah lebih 4 meteri.

Beratus-ratus orang, termasuk pelancong, lari meninggalkan rumah mereka dan pusat peranginan berhampiran pantai, untuk menyelamatkan diri di kawasan tanah tinggi.

"Sehingga ini, setiap orang berada di kawasan tanah tinggi," kata Senetenari Malele, juruhebah sebuah stesen radio tempatan di American Samoa.

Beratus-ratus orang lagi mengalami kecederaan dalam kejadian tsunami tersebut.

"Mereka sedang dirawat oleh pasukan perubatan dan akan dibawa ke hospital utama, tetapi jalan dan komunikasi mengalami kerosakan," kata ketua pegawai perubatan Samoa Barat, Palanitina Toelupe kepada Reuters yang menghubunginya di wad kecemasan di hospital besar negara itu di Apia.

"Setakat ini, kami berusaha membantu mereka. Tetapi kita pasti memerlukan bantuan dari negara-negara lain," katanya.

Sumber berita: www.malaysiakini.com
Baca selanjutnya...

Selasa, September 29, 2009

Filem Bruno diharamkan di Malaysia


Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production diharamkan penayangannya di Malaysia kerana ia didapati mengandungi adegan dan kata bual lucah.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata hasil penelitian dan semakan Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem itu tidak melepasi etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini.

LPF mendapati filem yang dibintangi Sacha Cohen Boren itu bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks.

"Filem ini juga dengan jelas telah menyentuh sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agama Kristian," kata kenyataan itu.

Pengedar filem Bruno, Golden Screen Cinemas telah dimaklumkan berhubung keputusan pengharaman itu melalui sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lepas dan pengedar juga dimaklumkan tentang asas-asas pengharaman berserta laporan penapis filem untuk filem itu. -Bernama

Komen: Agak lama juga tidak mendengar perihal Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan sesebuah filem. Sekalung tahniah untuk LPF, namun jika antara alasan LPF ialah "filem itu tidak melepasi etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini", sepatutnya kebanyakan filem barat tidak ditayangkan dinegara ini. Begitu juga dengan beberapa filem tempatan yang mendapat suntikan cara hidup barat yang mengetengahkan perihal lesbian dan gay. Diharapkan LPF bertindak dengan lebih tegas dan berkesan bagi mengekang penularan budaya hedonisme dikalangan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia yang semakin serius pada hari ini.

Baca selanjutnya...

Cinta dan mencintai Allah


Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; membatasinya justeru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka batasan dan penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri.


Kebanyakan orang hanya memberikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeda dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan, kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini. (Madarijus-Salikin 3/11)

Beberapa definisi cinta:

1. Kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus (kepada yang dicintai).
2. Kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintainya.
3. Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sebunyi mahupun terang-terangan, kemudian merasa bahawa kecintaan tersebut masih kurang.
4. Mengembaranya hati kerana mencari yang dicintai sementara lisan senantiasa menyebut-nyebut namanya.
5. Menyibukkan diri untuk mengenang yang dicintainya dan menghinakan diri kepadanya.

Pembahagian Cinta

1. Cinta ibadah
Ialah kecintaan yang menyebabkan timbulnya perasaan hina kepadaNya dan mengagungkanNya serta bersemangatnya hati untuk menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala larangaNya. Cinta yang demikian merupakan pokok keimanan dan tauhid yang pelakunya akan mendapatkan keutamaan-keutamaan yang tidak terhingga. Jika ini semua diberikan kepada selain Allah maka dia terjerumus ke dalam cinta yang bermakna syirik, yaitu menyekutukan Allah dalam hal cinta.

2. Cinta karena Allah
Seperti mencintai sesuatu yang dicintai Allah, baik berupa tempat tertentu, waktu tertentu, orang tertentu, amal perbuatan, ucapan dan yang semisalnya. Cinta yang demikian termasuk cinta dalam rangka mencintai Allah.

3. Cinta yang sesuai dengan tabi'at (manusiawi),
yang termasuk ke dalam cintai jenis ini ialah :

a. Kasih-sayang, seperti kasih-sayangnya orang tua kepada anaknya dan sayangnya orang kepada fakir-miskin atau orang sakit.

b. Cinta yang bermakna segan dan hormat, namun tidak termasuk dalam jenis ibadah, seperti kecintaan seorang anak kepada orang tuanya, murid kepada pengajarnya atau syaikhnya, dan yang semisalnya.

c. Kecintaan (kesenangan) manusia kepada keperluan sehari-hari yang akan membahayakan dirinya kalau tidak dipenuhi, seperti kesenangannya kepada makanan, minuman, nikah, pakaian, persaudaraan serta persahabatan dan yang semisalnya. Cinta-cinta yang demikian termasuk dalam kategori cinta yang manusiawi yang diperbolehkan. Jika kecintaanya tersebut membantunya untuk mencintai dan mentaati Allah maka kecintaan tersebut termasuk ketaatan kepada Allah, demikian pula sebaliknya.

Keutamaan Mencintai Allah

1. Merupakan Pokok dan inti tauhid
Berkata Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Sa'dy, "Pokok tauhid dan inti-sarinya ialah ikhlas dan cinta kepada Allah semata. Dan itu merupakan pokok dalam peng-ilahan dan penyembahan bahkan merupakan hakikat ibadah yang tidak akan sempurna tauhid seseorang kecuali dengan menyempurnakan kecintaan kepada Rabb-nya dan menyerahkan seluruh unsur-unsur kecintaan kepada-Nya sehingga ia berhukum hanya kepada Allah dengan menjadikan kecintaan kepada hamba mengikuti kecintaan kepada Allah yang dengannya seorang hamba akan mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman. (Al-Qaulus Sadid,hal 110)

2. Merupakan keperluan yang sangat besar melebihi makan, minum, nikah dan sebagainya.
Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah berkata: "Didalam hati manusia ada rasa cinta terhadap sesuatu yang ia sembah dan ia ibadahi, ini merupakan tonggak untuk tegak dan kukuhnya hati seseorang serta baiknya jiwa mereka. Sebagaimana pula mereka juga memiliki rasa cinta terhadap apa yang ia makan, minum, menikah dan lain-lain yang dengan semua ini kehidupan menjadi baik dan lengkap. Dan keperluan manusia kepada ketuhanan lebih besar daripada keperluan akan makan, kerana jika manusia tidak makan maka hanya akan merosakkan jasmaninya, tetapi jika tidak bertuhankan sesuatu maka akan merosakkan jiwa/rohnya. (Jami' Ar-Rasail Ibnu Taymiyah 2/230)

3. Sebagai hiburan ketika tertimpa musibah
Berkata Ibn Qayyim, "Sesungguh-nya orang yang mencintai sesuatu akan mendapatkan lazatnya cinta manakala yang ia cintai itu bisa membuat lupa dari musibah yang menimpanya. Ia tidak merasa bahawa itu semua adalah musibah, walau kebanyakan orang merasakannya sebagai musibah. Bahkan semakin menguatlah kecintaan itu sehingga ia semakin menikmati dan meresapi musibah yang ditimpakan oleh Dzat yang ia cintai.(Madarijus-Salikin 3/38).

4. Menghalangi dari perbuatan maksiat.
Berkata Ibnu Qayyim (ketika menjelaskan tentang cinta kepada Allah): "Bahawa ia merupakan sebab yang paling kuat untuk bisa bersabar sehingga tidak menyelisihi dan bermaksiat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya seseorang pasti akan mentaati sesuatu yang dicintainya; dan setiap kali bertambah kekuatan cintanya maka itu berkonsekuensi lebih kuat untuk taat kepada-Nya, tidak menyelisihi dan bermaksiat kepada-Nya.

Menyelisihi perintah Allah dan bermaksiat kepada-Nya hanyalah bersumber dari hati yang lemah rasa cintanya kepada Allah. Dan ada perbedaan antara orang yang tidak bermaksiat kerana takut kepada tuannya dengan yang tidak bermaksiat kerana mencintainya.

Sampai pada ucapan beliau, "Maka seorang yang tulus dalam cintanya, ia akan merasa diawasi oleh yang dicintainya yang selalu menyertai hati dan raganya. Dan diantara tanda cinta yang tulus ialah ia merasa terus-menerus kehadiran kekasihnya yang mengawasi perbuatannya. (Thariqul Hijratain, hal 449-450)

5. Cinta kepada Allah akan menghilangkan perasaan was-was.
Berkata Ibnu Qayyim, "Antara cinta dan perasaan was-was terdapat perbedaan dan pertentangan yang besar sebagaimana perbedaan antara ingat dan lalai, maka cinta yang menghujam di hati akan menghilangkan keragu-raguan terhadap yang dicintainya. Dan orang yang tulus cintanya dia akan terbebas dari perasaan was-was kerana hatinya tersibukkan dengan kehadiran Dzat yang dicintainya tersebut. Dan tidaklah muncul perasaan was-was kecuali terhadap orang yang lalai dan berpaling dari dzikir kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala , dan tidaklah mungkin cinta kepada Allah bersatu dengan sikap was-was.(Madarijus-Salikin 3/38)

6. Merupakan kesempurnaan nikmat dan puncak kesenangan.
Berkata Ibn Qayyim, "Adapun mencintai Rabb Subhannahu wa Ta'ala maka keadaannya tidaklah sama dengan keadaan mencin-tai selain-Nya kerana tidak ada yang paling dicintai hati selain Pencipta dan Pengaturnya; Dialah sembahannya yang diibadahi, Walinya, Rabb-nya, Pengaturnya, Pemberi rezekinya, yang mematikan dan menghidupkannya. Maka dengan mencintai Allah Subhannahu wa Ta'ala akan menenteramkan hati, menghidupkan roh, kebaikan bagi jiwa menguatkan hati dan menyinari akal dan menyenangkan pandangan, dan menjadi kayalah batin. Maka tidak ada yang lebih nikmat dan lebih segalanya bagi hati yang bersih, bagi roh yang baik dan bagi akal yang suci daripada mencintai Allah dan rindu untuk bertemu dengan-Nya.

Kalau hati sudah merasakan manisnya cinta kepada Allah maka hal itu tidak akan terkalahkan dengan mencintai dan menyenangi selain-Nya. Dan setiap kali bertambah kecintaannya maka akan bertambah pula penghambaan, ketundukan dan ketaatan kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala dan membebaskan diri dari penghambaan, ketundukan ketaatan kepada selain-Nya."(Ighatsatul-Lahfan, hal 567)

Allah Subhannahu wa Ta'ala mencintai dan dicintai. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman di dalam surat Al-Ma'idah: 54, yang ertinya: "Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai Allah."

Mereka yang dicintai Allah Subhannahu wa Ta'ala :

• Attawabun (orang-orang yang bertaubat), Al-Mutathahhirun (suka bersuci), Al-Muttaqun (bertaqwa), Al-Muhsinun (suka berbuat baik), Shabirun (bersabar), Al-Mutawakkilun (bertawakal kepada Allah), Al-Muqsithun (berbuat adil).
• Orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan-akan mereka satu bangunan yang kukuh.
• Orang yang berkasih-sayang, lembut kepada orang mukmin.
• Orang yang menampakkan izzah/kehormatan diri kaum muslimin di hadapan orang-orang kafir.
• Orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di jalan Allah.
• Orang yang tidak takut dicela manusia kerana beramal dengan sunnah.
• Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah wajib.

Antara cara untuk mendapatkan cinta Allah Subhannahu wa Ta'ala

• Membaca Al-Qur'an dengan memikirkan dan memahami maknanya.
• Berusaha mendekatkan diri kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah yang wajib.
• Selalu mengingati Allah Subhannahu wa Ta'ala , baik dengan lisan, hati maupun dengan anggota badan dalam setiap keadaan.
• Lebih mengutamakan untuk mencintai Allah Subhannahu wa Ta'ala daripada dirinya ketika hawa nafsunya menguasai dirinya.
• Memahami dan mendalami dengan hati tentang nama dan sifat-sifat Allah.
• Melihat kebaikan dan nikmatNya baik yang lahir maupun yang batin.
• Merasakan kehinaan dan kerendahan hati di hadapan Allah.
• Beribadah kepada Allah pada waktu sepertiga malam terakhir untuk bermunajat kepadaNya, membaca Al-Qur'an , merenung dengan hati serta mempelajari adab dalam beribadah di hadapan Allah kemudian ditutup dengan istighfar dan taubat.
• Duduk dengan orang-orang yang memiliki kecintaan yang tulus kepada Allah dari para ulama dan da'i, mendengar-kan dan mengambil nasihat mereka serta tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik.
• Menjauhi/menghilangkan hal-hal yang menghalangi hati dari mengingat Allah Subhannahu wa Ta'ala.

YAYASAN AL-SOFWA
Baca selanjutnya...

Pekan pelik yang terletak dicelah batu di Greece


Mengagumkan! Itulah perkataan yang boleh dikatakan apabila melihat struktur di pekan ini. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah dicelah-celah bukit batuan yang terdapat diwilayah ini. Pelik tetapi itulah yang menjadikan tarikan di pekan ini.
















Baca selanjutnya...

Isnin, September 28, 2009

Undi Pos: Pemuda Pas mahu SPR sediakan garis panduan bertulis


KUALA LUMPUR, 29 Sept: Dewan Pemuda PAS (DPP) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengeluarkan garis panduan bertulis, berkaitan peraturan undian pos sebagai memudahkan rujukan bagi anggota tentera dan parti parti bertanding.


Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Undi Pos DPP, Suhaizan Kayat berkata, ia penting bagi mengesan sebarang pelanggaran prosedur atau peraturan SPR sepanjang proses pengundian pos dijalankan.

"SPR kena sediakan garis panduan bertulis, jika berlaku sebarang keraguan, kita boleh tunjuk garis panduan tu kepada komander kem," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pertemuan bersama SPR di Putrajaya semalam, mereka turut dimaklumkan SPR berhubung beberapa pindahan pada peraturan pilihanraya.

Ia termasuk peraturan 7 (1), Peraturan Peraturan Pilihan Raya 2003 (Pengundian Pos) di mana buku kauterfoli tidak lagi dicetak nama no siri anggota yang mengundi.

Pindaan itu selaras dengan peraturan 19 (3), Peraturan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Awam) yang memperuntukkan perkara sama tetapi dimansuhkan pada 2006.

Suhaizan ketika mengulas pindaan itu berkata, SPR seharusnya memberi maklum kepada pelanggan mereka khasnya parti parti politik berhubung pindaan tersebut.

"Sepatutnya sebarang perubahan yang dibuat dalam Peraturan Pilihan Raya, mesti dimaklumkan atau ditaklimatkan kepada pelanggan mereka seperti parti parti politik," ujarnya yang juga Ketua Penerangan DPP.

Peraturan peraturan SPR berkaitan undi pos juga katanya masih lagi longgar dimana masih banyak ruang yang boleh dimanipulasi pihak tertentu yang berkepentingan.

Berhubung borang 2, DPP katanya tidak mahu ia dimansuhkan terus kerana menyedari beberapa kepentingan borang berkenaan dikekalkan.

Namun penggunaan borang tersebut perlu kepada sedikit pembaikian demi menjaga kerahsiaan undi anggota.

"Kita tak mahu borang 2 dimansuh terus, kita lihat sebarang manipulasi boleh dikesan melalui borang itu. Ia boleh dijadikan bukti jika berlaku sebarang penyelewengan.

" Apa yang kita nak adalah, cetakkan nombor siri anggota pada borang tersebut digugurkan, itu sahaja," katanya.

Sumber berita: www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...

The Tree: Nasihat Tok Guru Nik Aziz Kepada Semua RAKYAT Malaysia



Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree".


Dalam filem itu, Tok Guru Nik Aziz telah mengambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok.

Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang bergantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain. Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.

Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.

Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok. Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.

Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Saksikanlah filem itu...
Baca selanjutnya...

Ketam 'kondominium'


Satu penemuan teknologi baru yang dicipta oleh anak tempatan, TBC Management Sdn. Bhd. boleh menampung kekurangan industri penternakan ketam nipah di negara ini.


BAGI penggemar hidangan ketam, walaupun untuk menikmatinya memerlukan sedikit kesabaran kerana agak remeh ia sedikitpun tidak mematahkan keinginan untuk terus menjamahnya sebagai salah satu hidangan laut yang lazat dan istimewa.


BEGINILAH 'kondominium' ketam nipah yang dipelihara di Kelibang, Pulau Langkawi, Kedah.

Sama ada dimasak lemak cili padi, dibakar, digoreng, direndang atau direbus begitu sahaja, sajian 'raja sepit' itu cukup untuk membangkitkan selera ketika di meja makan.

Untuk menikmati rasanya yang enak, ada yang sanggup menggigit, mencubit dan kalau sudah tidak mampu melakukan dengan gigi sendiri, ada yang menggunakan 'tukul' untuk mengetuk jari jari keras sang ketam bagi mendapatkan isinya itu.


SETIAP ekor ketam akan ditempatkan di dalam ruang khas dalam satu petak PVC ini.

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebagaimana remeh mengopek kulit kerasnya untuk menikmati isi ketam, kesukaran yang sama turut dialami oleh mereka yang memelihara dan membiakkan hidupan tersebut.

Pada masa ini, industri ketam tempatan dimonopoli oleh ketam-ketam yang diimport dari luar negara terutama dari Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Ini kerana industri penternakan ketam yang 'renyah' dan banyak masalah menyebabkan tidak ramai penternak tempatan berminat untuk mengusahakannya secara komersial.

Justeru itu, tidak hairanlah harga satu kilogram (kg) ketam yang barangkali hanya mengandungi empat atau lima ekor, boleh mencecah sehingga RM30 sekilogram.

Keadaan itu berpunca daripada industri penternakan ketam tempatan yang tidak mampu menampung kehendak pasaran yang semakin tinggi di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, satu penemuan teknologi baru yang dicipta oleh anak tempatan, TBC Management Sdn. Bhd. (TBC) barangkali boleh menampung kekurangan industri penternakan ketam nipah di negara kita.

KETAM nipah yang dipelihara mengikut kaedah ICS boleh dijual dalam jangka masa 40 hingga 60 hari.

Melalui konsep memelihara mengikut kaedah penternakan tertutup yang dikawal selia dengan baik menerusi sistem perairan yang lebih sistematik, ia adalah penemuan terbaru dalam teknologi pembiakan ketam nipah ala Malaysia.

Mempraktikkan kaedah penternakan yang dinamakan Sistem Penternakan Ketam Bersepadu (ICS), baka-baka ketam nipah akan melalui proses pembiakan dengan cara yang lebih moden dan selamat.

"Mengikut konsep penternakan terbaru ini, air sisa ternakan akan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik dengan menggunakan teknologi terkini rekaan kami sendiri".

"Ketam-ketam ini dilayan bak 'raja'. Dalam erti kata yang lain, makan minumnya terjaga, tempat tinggalnya selesa dan tidak mengalami sebarang gangguan daripada pemangsa sesama sendiri".

"Setiap anak ketam yang sudah mencapai berat 100 gram akan ditempatkan di satu ruangan khas dalam setiap petak PVC bagi memastikan pembiakannya lebih cepat dan kami pula dapat memantau proses pembesarannya dengan lebih baik dari sehari ke sehari," kata Pengarah Urusan TBC, Datuk Norazman Adnan.

Beliau ditemui pada majlis perjumpaan kerjasama penyelidikan dan Projek Perintis Ternakan Ketam di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.



Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Bahagian Pembangunan), Datuk Ahamad Sabki Mahmood dan Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Teo Siong Wan.

Telah melabur lebih RM1 juta bagi membangunkan sistem ICS, Norazman berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang cukup erat daripada Jabatan Perikanan Negeri Kedah.

Menurutnya, kerjasama itu mendorong pihak TBC membesarkan lagi kaedah pembiakan ketam itu ke peringkat yang lebih menyeluruh dalam masa terdekat ini. Ia dilakukan setelah usaha pertama di Kelibang, Langkawi menunjukkan hasil memberangsangkan walaupun masih dalam proses percubaan.

"Kami berharap dengan terciptanya teknologi ini, ia mampu membantu menggiatkan lagi industri penternakan ketam di negara ini.

"Seterusnya, kami berharap, sistem ini boleh diguna pakai oleh penternak ketam sedia ada yang mana sebelum ini, mereka menggunakan kaedah ternakan semula jadi bagi memenuhi kehendak pasaran," kata Norazman.

TBC kini bersedia untuk berkongsi teknologi yang diasaskan itu dengan para penternak ketam tempatan dalam usaha mengembangkan lagi teknologi berkenaan supaya dapat diguna pakai secara menyeluruh di seluruh negara.

Menariknya, mereka yang bekerjasama dengan syarikat itu akan dibantu sepenuhnya untuk menjadi usahawan ketam yang berjaya bermula dari awal, sehinggalah aktiviti pemasaran dan ketam-ketam berkenaan layak dijual.

Menurut Norazman, dengan bantuan pihak-pihak yang berkaitan, tidak mustahil pada masa akan datang, teknologi penternakan ICS itu akan difrancaiskan kepada mereka yang berminat.

"Kami mahu mengajar orang ramai mengenai kaedah menternak dan memasarkan ketam secara betul. Industri penternakan ketam amat menguntungkan kalau kena dengan cara dan teknologinya," kata Norazman lagi.

Baca selanjutnya...

Ahad, September 27, 2009

Polis Israel bertempur di Al-Aqsa


BAITULMAQDIS - Pertempuran berlaku di Bandar Lama Baitulmaqdis melibatkan sekumpulan remaja Palestin dengan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.


Beberapa saksi memberitahu, insiden bermula apabila remaja terbabit melontar batu terhadap pasukan polis rejim itu.

Polis Israel berkata, lapan orang ditahan tetapi saksi-saksi melaporkan berbelas-belas individu dilihat mengalami kecederaan.

Menjelang petang, suasana cemas menyelubungi bandar bersejarah itu apabila berpuluh-puluh anggota polis melakukan rondaan di tempat tersebut.

"Terdapat ramai anggota polis dihantar ke bandar lama dan pada keseluruhan keadaan masih lagi aman," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld kepada agensi berita AFP.

Polis dan beberapa saksi berkata, ketegangan berlaku apabila sekumpulan pelancong memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.

Kejadian itu berlaku selepas sekumpulan pelancong memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa yang disangka sebagai penganut agama Yahudi.

"Kumpulan ini diserang dengan batu dan mereka sebenarnya pelawat Perancis bukan beragama Yahudi yang mengunjungi masjid," kata jurucakap polis Baitulmaqdis, Shmuel Ben Ruby.

Menurut seorang saksi Palestin, Abu Raed, terdapat sekumpulan besar peneroka haram Yahudi yang berkumpul di luar Masjid Al-Aqsa dan cuba untuk memasuki masjid tersebut.

"Sebahagian mereka memasuki kawasan tengah iaitu tempat penganut Islam sedang bersolat. Mereka merupakan peneroka haram Yahudi yang berpakaian seperti pelancong," katanya.

Selepas memasuki pekarangan masjid, kumpulan itu berdepan dengan lebih 100 orang penganut Islam yang kemudian mengherdik dan melemparkan batu.

Menurut beberapa saksi, polis kemudian tiba dan mengiringi keluar pelancong itu. - Agensi
Baca selanjutnya...

Memandu dalam ketakutan atau menikmati keindahan...


Adakah ianya dibina untuk menikmati pemandangan semata-mata..?



Memandu diatas kemudian masuk ke perut lautan...


Bagaimana kalau ia bertembung dengan bas lain dari arah bertentangan..?


Naik, naik, naik dan kemudian melencong turun...


Beberapa gambar jambatan yang sama...


Sekadar membawa pemandu berpusing untuk seketika...


Pernah melalui selekoh-selekoh tajam? Yang ini agak keterlaluan namun nampak menyeronokkan...


Pemandangan pada waktu malam


Baca selanjutnya...

Pendekatan ekstrem ajar pemandu degil


JIKA ada pengarah filem dari Hollywood mahu mencari pelakon aksi ngeri yang betul-betul bersedia untuk mati dalam babak kemalangan jalan raya, dia boleh datang ke Malaysia. Di sini dia boleh mendapat ramai pemandu kenderaan yang bersedia untuk melakukan adegan maut berkenaan.

Mungkin kenyataan ini nampak keterlaluan tetapi apa lagi yang boleh kita katakan, apabila dari semasa ke semasa jumlah mereka yang terkorban di jalan raya semakin meningkat. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan tetapi ternyata semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja. Lihat sahaja statistik terbaru Ops Sikap yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia bukannya memberikan kesedaran kepada orang ramai, sebaliknya hanya meningkatkan statistik kemalangan yang sedia ada.

Oleh itu adalah wajar jika kita menggunakan pendekatan lebih ekstrem bagi mengajar pemandu-pemandu degil yang cuba menjadikan jalan raya-jalan raya di negara ini sebagai tempat untuk mereka menempah maut.

Sememangnya kita bersimpati dengan mangsa kemalangan yang terbunuh atau cedera akibat kelalaian pemandu lain tetapi dalam masa yang sama kebanyakan kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu itu sendiri.

Sudah berbuih-buih, orang kata jangan pandu laju, sudah berbakul-bakul orang cakap ingatlah keluarga tersayang dan sudah berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk kempen keselamatan jalan raya. Tetapi semuanya tidak mampu mengubah sikap pemandu Malaysia.

Tidak kiralah dia pemandu kenderaan berat atau ringan, menunggang motosikal berkuasa rendah atau tinggi, majoriti mereka memang degil!

Oleh itu kelembutan kita berkempen bagi mengingatkan kelompok berkenaan harus diubah. Tak perlu lagi ingatkan mereka tentang bahaya memandu laju adalah lebih baik tukar sahaja kepada slogan ‘Memandulah dengan laju, kalau anda mahu mati cepat.’

Begitu juga dengan slogan ‘Berhati-hatilah di jalan raya ingatlah orang tersayang’, tukar sahaja kepada ‘Kalau anda hendak mati jangan menyusahkan orang lain terutama keluarga anda.’

Atau mungkin juga kita wujudkan papan tanda berbunyi,‘Kalau anda rasa sudah puas hidup, memandulah mengikut had yang anda suka.’

Ia bererti papan-papan tanda di jalan raya dan lebuh raya perlu diubah kepada bentuk yang lebih ekstrem. Pemandu-pemandu yang degil ini bak kata orang ‘tidak makan saman’ dengan tindakan undang-undang.

Apabila berada di dalam kenderaan, mereka bagaikan serigala lapar, mereka memandu melulu tanpa mempedulikan keselamatan orang lain. Slogan-slogan peringatan bagi mereka hanyalah hiasan.

Justeru tidak perlu lagi, kerajaan atau agensi-agensi terlibat menyusahkan diri siang dan malam hendak mencari penyelesaian bagaimana hendak mengurangkan kadar kemalangan.

Adalah lebih baik kalau kita membuat unjuran berapa ramai yang akan mati dan cedera setiap kali musim perayaan. Itu lebih baik kerana selama ini kerajaan sudah cukup baik dengan berusaha apa sahaja cara bagi mengubah sikap pemandu kita.

Tetapi pemandu kita tidak menghargai semua itu, mereka gembira memandu melebihi had yang ditetapkan, mereka berbangga kalau kereta mereka boleh memotong barisan malah mereka suka kalau ada orang lihat kebodohan mereka memandu bagaikan dikejar hantu raya.

Kesudahannya akibat kedegilan mereka, maka berlakulah kemalangan yang menyusahkan semua orang. Pada saat ini perkataan paling sesuai untuk diberikan kepada pemandu seumpama itu ialah padan muka atau lebih baik lagi, ‘kecil-kecil tak nak mati bila besar menyusahkan orang.’

Seperkara lagi dari segi hukuman pula, ia juga seharusnya diubah, sekadar membawa pemandu degil ke muka pengadilan dan kemudian didenda atas kesalahan yang dilakukan sudah tidak relevan lagi.

Pemandu yang terselamat dalam kemalangan yang mereka menjadi puncanya harus dikenakan hukuman seberat-beratnya, penjara melebihi 5 tahun harus dikenakan sebagai hukuman minimum, kemudian kenakan denda yang tinggi, kalau tidak boleh bayar tambah hukuman penjara.

Menyumbat puak-puak seumpama ini dalam penjara adalah lebih baik berbanding melepaskan mereka bermaharajalela di jalan raya sehingga kadang kala menjadi pembunuh kepada pengguna jalan raya yang lain.

Biar ketika di dalam penjara, mereka insaf dan memahami betapa pentingnya menjaga kebebasan yang diberikan.

Selain itu turut boleh difikirkan ialah hukuman menjalankan kerja-kerja amal seperti mencuci tandas awam dan membersihkan sampah sarap di lebuh raya. Setiap kali menjalankan kerja itu, di tubuh mereka digantung papan bertulis, ‘Saya pemandu degil.’

Hakikatnya, sudah berjuta-juta ringgit mungkin berbilion wang rakyat dihabiskan semata-mata untuk menyediakan infrastruktur jalan raya dan lebuh raya sempurna untuk orang ramai. Malah dalam masa yang sama juga berjuta-juta ringgit sudah dihabiskan bagi memperbaiki kerosakan akibat kedegilan pemandu kita.

Justeru adalah lebih baik jika selepas ini tumpuan diberikan untuk memastikan pemandu degil berkenaan mengakhiri nyawa mereka di jalan raya. Biarkan sahaja mereka ‘mati katak’ akibat kebodohan sendiri.

Kalau perlu tambah laluan di lebuh raya daripada dua laluan kepada tiga laluan dan tiga laluan kepada empat laluan. Tambahan satu laluan itu dikhaskan untuk pemandu degil. Apabila mereka terlibat dalam kemalangan, kalau mereka meninggal dunia, panggil sahaja ahli keluarga mereka menguruskan mayat di tempat kejadian manakala kalau yang cedera pula, kos membawa mereka ke hospital adalah tanggungan sendiri.

Mungkin apa yang dikatakan di sini akan dipandang sinis oleh kita atau mungkin ada yang menyifatkan ia agak ekstrem tetapi apa lagi yang boleh kita lakukan.

Selama ini kerajaan sudah melakukan segalanya untuk menjaga nyawa pengguna jalan raya tetapi semuanya sia-sia. Oleh itu tidak perlulah lagi kerajaan bersusah payah dan membazirkan wang untuk menjaga nyawa pemandu yang tidak tahu menghargai nyawa sendiri.

Kita tidak menafikan bahawa malang tidak berbau, atas sebab itulah pengguna jalan raya diminta berhati-hati. Kalau di negara lain biarpun mempunyai penduduk yang lebih ramai tidak banyak yang mati di jalan raya, tetapi kenapakah di negara kita jumlah kematian akibat tragedi itu terlalu tinggi.

Jawapannya mudah segalanya akibat sikap pemandu. Jalan raya dan lebuh raya yang sempurna bukan dihargai bagi memudahkan perjalanan sebaliknya menjadi landasan untuk mereka menempah maut. Kalau itulah yang mereka mahu biarkanlah mereka mati atau cedera di jalan raya. Sesungguhnya mana-mana negara tidak memerlukan rakyat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak menghargai apa yang kerajaan lakukan demi kebaikan mereka.

ZULKIFLEE BAKAR
Baca selanjutnya...

Sabtu, September 26, 2009

Selepas 40 tahun, ke mana haluan OIC?


Pertubuhan Persidangan Islam, yang lebih dikenali dengan singkatan dalam bahasa Inggerisnya, OIC, hari ini memasuki tahun ke 40 penubuhannya. Organisasi yang ditubuhkan pada 25 September, 1969 sebagai reaksi satu tindakan musuh di Palestin itu kini berdepan cabaran yang kritikal, memandangkan isu berhubung Islam yang mendominasi wacana politik dunia hari ini.

Sekitar masa OIC mencecah usia 40 tahun, beberapa negara ahli menjadi tumpuan dalam politik dunia, dengan sebab-sebab yang tidak boleh dibanggakan.

Iraq yang mula menyaksikan pengunduran tentera asing dari wilayahnya masih berdepan serangan-serangan berdarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Afghanistan dan Pakistan yang mendapat perhatian meluas sejurus selepas peristiwa 11 September, 2001 menjadi tumpuan dunia ekoran aktiviti Taliban dan al-Qaeda.

Perang saudara masih berlaku di Yaman, dengan saranan gencatan senjata dilaporkan dicabul pada sama seluruh dunia Islam menyambut Aidilfitri. Pada masa sama, dua negara berpengaruh dunia Islam, Arab Saudi dan Iran dilihat terlibat dalam percaturan politik masing-masing untuk menguasai negara itu.

Di Amerika Syarikat, presiden negara itu Barack Obama menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang berakhir tanpa sebarang kemajuan, yang bermakna Israel terus dengan dasar merampas tanah Palestin.

Di Asia Tenggara, hubungan Malaysia dan Indonesia terjejas berhubung aktiviti militan Noordin Mohammad Top, warga negara Malaysia yang didakwa menjadi dalang dalam serangan-serangan teror di Indonesia.

Di semua tempat tersebut, OIC tidak dilihat sebagai memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pertubuhan yang dianggotai negara-negara terbabit.

Palestin, isu sentral dalam dunia Islam tidak mengundang reaksi keras daripada OIC dan negara-negara berpengaruh yang menganggotainya.

Dalam banyak kes, isu Palestin dan isu-isu lain melibatkan dunia Islam dijadikan alat rejim-rejim negara Islam untuk politik domestik dan membina pengaruh serantau, seperti dilakukan Saddam Hussein semasa memerintah Iraq dan pada tahap tertentu, Iran pada masa ini melalui Hari al-Quds.

Hal yang sama berlaku di Malaysia, negara yang parti pemerintahnya sering menggunakan keanggotaan dalam OIC untuk kepentingan politik domestik.

Satu contoh, Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB semasa penaklukan Kuwait oleh Iraq pada 1990 menyokong sekatan PBB dikenakan terhadap Iraq dan menyokong Resolusi Majlis Keselamatan 678 yang membenarkan Iraq diserang oleh pasukan tentera pelbagai negara diketuai AS.

Lebih 10 tahun selepas itu, ketika Iraq berdepan ancaman serangan kedua diketuai AS, Malaysia yang tidak berada dalam Majlis Keselamatan PBB bersuara lantang mengecam serangan ke atas Iraq.

Pada masa itu juga, pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah menyertai demonstrasi antiperang (dan pada masa sama pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang juga mengadakan demonstrasi dihalang dengan keras).

Masalah kredibiliti ini berlaku di hampir semua negara Islam dalam OIC yang politiknya terus dicorakkan oleh persaingan negara-negara berpengaruh dan persaingan kumpulan yang pro-AS seperti Arab Saudi, Turki, dan Mesir dengan kumpulan anti-AS seperti Iran dan Libya.

Abdullah al-Ahsan, profesor sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam tulisannya di akhbar Turki, Today's Zaman menjelaskan masalah kredibiliti dan perbezaan kecenderungan politik ini. Beliau menulis, pada 1978 OIC menerima resolusi untuk tidak membenarkan tentera asing ditempatkan di wilayah negara ahli dengan tujuan menjadikan negara ahli lain sebagai sasaran.

Tulisnya, dalam tempoh beberapa tahun, beberapa negara ahli mencabul komitmen itu dan OIC terus hilang kredibiliti sebagai broker keamanan apabila menyokong Iraq dalam perang Iran-Iraq yang bermula pada 1980.

Jelas Abdullah lagi, pada masa kini, beberapa negara anggota OIC membenarkan tentera AS ditempatkan di wilayah mereka.

Semasa bermula perang pertama terhadap Iraq pada awal 1990-an, Arab Saudi membenarkan wilayahnya digunakan untuk menempatkan tentera AS, manakala Turki sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato menjadi lokasi satu pangkalan tentera AS yang penting di Asia Barat.

Dalam dunia yang ditakrifkan oleh kuasa dunia sebagai era terorisme global yang mudah dikaitkan dengan Islam, OIC tidak mampu melakukan tindakan yang konkrit, malah tidak bersuara sebagai satu entiti di peringkat antarabangsa.

Malah, beberapa negara mempunyai kepentingan yang lebih utama untuk aktif bersama pertubuhan serantau dan pertubuhan lain yang lebih berpengaruh, seperti Turki dalam Nato dan Kesatuan Eropah, Iran dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan banyak lagi negara lain yang berkepentingan untuk menjaga hubungan dengan sekutu kuasa besar.

OIC perlu dinilai semula dari segala sudut supaya dapat berubah menjadi pertubuhan yang berkredibiliti dan mempunyai keabsahan dalam kalangan negara-negara Islam.

Sebagai pertubuhan yang dianggotai 57 buah negara, OIC mampu bergerak sebagai pertubuhan berpengaruh sekiranya bersatu dalam hal-hal kepentingan bersama.

Cabaran untuk bersetuju tentang kepentingan bersama inilah yang perlu diselesaikan supaya sekurang-kurangnya dalam hal-hal paling penting kepada umat tidak menjadi korban dan diperalatkan untuk kepentingan politik domestik dan serantau.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/
Baca selanjutnya...

Rasuah: Malaysia merudum lagi, lebih buruk dari Botswana dan Bhutan


KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.


Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu.

Sumber berita: http://www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...

Zhao Liang, lelaki tertinggi didunia


Zhao Liang, 27 tahun yang dimasukkan ke Hospital Tianjin untuk menjalani pembedahan untuk melegakan kesakitan otot kaki kirinya mendapat perhatian istimewa dikalangan kakitangan hospital tersebut yang menggesanya mengukur ketinggiannya yang luarbiasa.


Hasil ukuran yang dibuat oleh pihak hospital mendapati ketinggiannya mencecah 8.07 kaki ataupun 2.46 meter, 10 cm lebih tinggi daripada Bao Xishun yang memegang rekod lelaki tertinggi didunia dengan ketinggian 2.36 meter.



Zhao yang menetap di wilayah Henan, mendapat latihan sebagai pemain bola keranjang sejak sedekad yang lalu. Dia yang tidak bekerja sehinggalah pada 2006, sebuah kumpulan seni dan budaya di wilayah Jilin mengambilnya untuk melakukan pertunjukkan silap mata, bermain saksofon dan seruling.



Berbeza dengan kedua ibubapanya yang mempunyai ketinggian sepertimana kebanyakan orang biasa dengan bapanya yang berketinggian 1.8 meter sementara ibunya, 1.68 meter.

Menurut ibunya Wang Keyun, Zhao memiliki selera makan yang begitu besar yang membolehkan dia menghabiskan 8 hamburger dengan mudah sementara untuk makan malam, 3 hidangan disediakan untuknya. Wang bagaimanapun melahirkan kebimbangan berkaitan hal perkahwinan, pekerjaan dan kesihatan anaknya memandangkan usianya yang semakin lanjut.



Pakar bedah, Dr Liu Yuchen menyatakan kejayaan pembedahan kaki kiri Zhao yang membolehkannya berjalan seperti biasa selepas 2 bulan dari tarikh pembedahan dilakukan namun menasihatinya untuk berhati-hati dalam sebarang bentuk senaman berat. Dr Liu bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan kesihatan Zhao adalah baik dan ketinggian luarbiasanya itu tidak memberikan sebarang komplikasi terhadap tahap kesihatannya.



Buat masa ini, rekod rasmi Guinness untuk lelaki yang tertinggi didunia dipegang oleh Bao Xishun. Ketinggian Zhao masih belum diisytiharkan secara rasmi oleh para hakim Guinness namun para doktor di Hospital Tianjin Anjie menyatakan ukuran ketinggian yang dibuat adalah pemeriksaan rutin yang dilakukan dan ianya disaksikan oleh pihak media.

Baca selanjutnya...

Isu Mirzan: Apa jawapan para Mufti?


Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor. Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.


Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak. Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor. Apa Umno buat tentang arak di Selangor? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.

Memang pelik, di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam syarikat arak. Pendedahan terbaru tentang Mirzan ini cukup menyedihkan umat Islam. Sekarang rakyat menunggu reaksi pemimpin Umno dan reaksi bekas Perdana Menteri sendiri. Rakyat juga sedang menantikan apa jawapan mufti-mufti dalam hal ini.

Mirzan dalam mempertahankan diri memberi alasan dengan berkata, "Ini adalah urusan perniagaan sahaja."

Beliau tentu sedar bahawa syarikat yang dipimpinnya itu menguasai 95% pasaran arak Filipina dan dijual di 60 buah Negara di dunia. Adakah beliau sedar, individu yang terlibat dengan arak bukan sahaja minum, membotol, menjual, membawa atau apa sahaja yang membantu dalam pasaran arak akan mendapat saham dosa.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan akan mengurangkan penglibatan SMC dengan arak sekitar 15% sahaja menjelang 2010. Kenyataan itu nampak terlalu jujur dan ikhlas. Perlu diingat bahawa matlamat tidak boleh dihalalkan dengan cara. Walaupun esok syarikatnya berjaya mengurangkan pelaburan arak hingga menjadi 1%, adakah syarikatnya dikira bersih ?

Jangan keluarkan kenyataan seolah-olah ada hukum baru berkaitan arak. Panduan bagi penganut Islam adalah jelas. Arak itu haram. Kartika minum arak secara tertutup di kelab malam, ditangkap dan akan dihukum. Saudara Mirzan membuat kesalahan secara terang-terangan. Tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan ianya betul. Siapa yang akan ambil tindakan ?

Rakyat Malaysia yang menghina lagu Negaraku akan dikenakan hukuman bila pulang dari luar Negara kerana dikatakan menghina rakyat dan Negara Malaysia. Apa pula tindakan yang akan dikenakan kepada Mirzan kerana menghina Islam secara terang-terangan ?

Jika, Mirzan Mahathir seorang yang bermaruah dan sayangkan agama anutannya. Letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Bertaubat dan carilah rezeki dengan cara halal.

Hamba Allah, Terengganu.
Baca selanjutnya...

Perutusan Hari Raya Presiden PAS


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.


Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan Eid Mubarak kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Baca selanjutnya...

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Emas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya orang yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Baca selanjutnya...

Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah


Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengetengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

“Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawaban adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan,” kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

“Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan,” kata Labelle.

“Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka,” katanya. -BERNAMA

Baca selanjutnya...

Umat Yahudi Sedikit, Tapi...


Berapa sebenarnya jumlah orang Yahudi saat ini? Ternyata bangsa Yahudi masih menjadi kaum minoriti di dunia. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kajian Perencanaan Bangsa Yahudi disebutkan bahawa pertumbuhan Yahudi secara alami sangat terbatas. Tahun 1970, jumlah mereka 12.633 juta, dan saat ini baru mencapai 13.100 juta, laporan ini diketuai oleh Dennis Roos.


Masalah ini masih menjadi bahan pemikiran Yahudi baik di dalam atau di luar Israel. Pernah disinggung oleh politikus kiri tersohor, Yosi Beilin beberapa tahun lalu dalam bukunya soal realiti Yahudi di dunia. Ia fokus ingin menghilangkan penghalang ini dengan cara redefinisi Yahudi dan menganggap kelahiran dari ayah Yahudi dan ibu non-Yahudi disebut Yahudi juga. Bukan mereka yang lahir dengan ibu Yahudi tanpa mempedulikan agama ayahnya sebagaimana yang biasa diterapkan kini di kalangan bangsa Yahudi.

Pertimbangan baru menurut Beilin yang diikuti oleh banyak kalangan seperti yang disebutkan dalam laporan ini akan menambahkan jutaan orang ke dalam bangsa Yahudi. Terutama proses perkahwinan campuran antara Yahudi Amerika dan Eropah mencapai 55% dari total jumlah Yahudi.

Laporan tersebut mengisyaratkan dimensi lain soal jumlah Yahudi di negara Israel dan menurunnya rata-rata penghijrahan Yahudi ke sana selama tahun-tahun terakhir dengan jumlah 5.4 juta sementara di Amerika Syarikat jumlah Yahudi mencapai 5.25 juta.

Namun jumlah Yahudi secara keseluruhan ini ternyata tidak sama dengan jumlah orang Yahudi yang berhasil duduk di parlimen yang cenderung meningkat setiap tahunnya. Di Britain, jumlah anggota parlimen mencapai 52 anggota, padahal jumlah warga Yahudi di sana tidak lebih dari 300 ribu orang. Sementara kaum muslimin yang jumlahnya mencapai lima kali ganda dari Yahudi hanya memiliki satu orang perwakilan di parlimen Britain.

Di AS jumlah anggota Kongres Amerika dari Yahudi berjumlah 13 orang dari 101 total anggota Kongres Amerika. Padahal peratus Yahudi di sana di bawah 2%. Sementara di parlimen Amerika Yahudi memiliki perwakilan 30 orang. Dan jangan tanya berapa banyak mereka yang loyal kepada Yahudi dan kepentingannya.

Di Perancis, Yahudi memiliki 18 kerusi di parlimen padahal jumlah warga Yahudi di sana tidak melebihi 1% penduduk. Demikian halnya di Ukraine. Angka-angka di atas memberikan kesimpulan betapa besar lobi Yahudi di negara-negara besar. -satuumat.blogspot
Baca selanjutnya...

Bayi gergasi jadi tarikan pelancong


MEDAN - Bayi paling berat di Indonesia yang dilahirkan pada Isnin lalu kini menjadi tarikan pelancong untuk melihatnya di sebuah hospital awam di Kisaran, wilayah Sumatera Utara.

Bapanya, Hasanuddin, 50, semalam menamakan anak ketiganya itu yang seberat 8.7 kilogram sebagai Muhammad Akbar Risuddin.


Ibunya, Ani, 41, memberitahu, dia tidak menduga akan melahirkan bayi gergasi itu di Hospital Abdul Manan melalui pembedahan.

"Saya berasa gembira. Ini merupakan rahmat Tuhan dan bayi ini membawa tuah".

"Saya tak pernah terfikir saya akan melahirkan bayi yang besar seperti ini. Pada mulanya, saya menganggap akan melahirkan bayi kembar," kata Ani.

Menurutnya, bayinya itu kerap mahu makan.

"Susu saya tidak menucukupi. Kami terpaksa memberinya susu botol," kata Ani.

Doktor berkata, saiz luar biasa bayi itu kerana ibunya menghidap penyakit diabetes yang menyebabkan bayi tersebut menerima banyak glukosa dan membesar dalam rahim.

Sebelum ini dua lagi abang kepada bayi itu dilahirkan dengan berat 5.3 kilogram dan 4.5 kilogram.

Ani berkata, dia mengalami kesukaran bernafas semasa mengandungkan bayi itu.

"Apabila saya memasuki bulan kelapan, penderitaan saya bermula. Saya kerap menangis apabila hendak duduk dan berehat atau bangun kerana ia menyebabkan saya berhenti bernafas," tambahnya.

Rekod bayi terberat di Indonesia ialah 6.9 kilogram pada 2007 di pinggir Jakarta.

Bagaimanapun, Guinness World Records mencatatkan bayi paling berat pernah dilahirkan di Amerika Syarikat pada 1879 iaitu 10.4 kilogram tetapi meninggal dunia 11 jam kemudian. - AFP
Baca selanjutnya...

Rabu, September 16, 2009

Iktikaf di masjid 10 hari akhir Ramadan


Saya hendak tekan dunia ini bukan kita yang punya. Bumi, langit, udara, air hujan dan segalanya dicipta Allah Taala untuk manusia. Dan ia bukan terjadi sendiri. Kita tanpa mengira bangsa apa sekali pun hanya menumpang di atas bumi Allah. Kalau semua kemudahan itu tidak ada maka mati semua manusia. Tidak ada satu pun syarikat yang boleh buat bumi, udara, gandum, beras dan segala kemudahan asas bagi keperluan manusia untuk hidup.


Hatta seekor anak bilis pun tidak ada kerajaan yang boleh buat. Dari segi sains pun kata begitu, lebih-lebih lagi al Quran. Kita menumpang segala kemudahan itu dan bukan mendapat percuma. Segala itu akan dituntut bayaran. Tuntutan bukan bayaran dengan duit tetapi tuntutan takwa kepada Allah Taala.

Perkataan takwa mengandungi positif dan negatif. Kita kena buat apa Tuhan suruh dan tinggal apa yang dilarang. Misalnya saya sebagai Menteri Besar kalau pergi ke rumah orang tidak boleh pandai-pandai naik ke atas rumah orang tanpa izin. Inilah kelemahan kita apabila sudah menjadi orang besar mahu berlagak seperti Tuhan.

Inilah kesilapan yang perlu kita renungi. Kewajipan kita sedar kerana menumpang di atas bumi Allah. Di akhirat kelak akan dihancur semua dunia ini dan diganti dengan alam akhirat.

Pembalasan di akhirat kelak sebagaimana disebut dalam al Quran. Buku yang digunakan Tuhan bagi menjatuhkan hukuman ke atas manusia di akhirat kelak ialah Quran.

Ini perkara pokok yang perlu rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa memikirkan. Kita mesti mati dan selepas mati kita akan hidup balik. Dan selepas hidup balik kita akan dihakimi sebelum dijatuhkan hukuman syurga dan neraka.

Iktikaf 10 akhir Ramadan

Iktikaf di masjid 10 hari akhir Ramadan adalah ajaran agama. Iktikaf maksudnya kurung diri dalam masjid. Seumpama ayam, lembu dan kambing kita kurung supaya menjadi jinak.

Ini kerana nafsu kita bermuka dua, iaitu mendorong kepada kejahatan dan satu lagi kepada kebaikan. Dan melalui cara iktikaf di masjid kita dapat kawal dengan cara iktikaf di masjid.

Rasulullah saw pada 10 hari terakhir Ramadan iktikaf di masjid. Sebelum Rasulullah saw menjadi nabi baginda bertapa di dalam Gua Hiraq.

Dan selepas baginda menjadi nabi sistem bertapa di dalam gua tidak lagi diamalkan dan Rasulullah saw bertapa pula dalam masjid. Bertapa di dalam masjid lebih praktikal. Ini kerana kita didatangkan ke dunia ini bukan untuk kita seorang sebaliknya untuk kita dan masyarakat.

Kalau kita duduk di masjid kita boleh tegur orang dan orang juga boleh tegur kita, tetapi kalau di dalamm gua tidak ada orang yang hendak tegur.

Kalau kita ada masa, iktikaf 10 hari lebih baik, tetapi kalau tidak setiap kali masuk masjid hendak sembahyang berjemaah lima waktu kita niat iktikaf.

Bila niat iktikaf kita merasakan diri kita dikurung di hadapan Allah Taala.

Amalan tadarus dan tarawih tidak ada dalam agama lain. Nabi Muhammad saw bertadarus dengan Malaikat Jibrail tiap-tiap tahun.

Oleh itu saya nasihatkan semua ahli dan penyokong PAS mesti bertadarus. Saya sendiri ada tiga al Quran yang digunakan setiap hari iaitu di masjid, pejabat dan rumah.

TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Baca selanjutnya...