Isnin, Oktober 12, 2009

Kurang 1 peratus ikut piawaian - Kebanyakan bangunan di Malaysia kurang ambil faktor risiko gempa bumi


PULAU PINANG - Kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi, kata Penyelaras Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Taksiah Abdul Majid.


Penyelidik utama gempa bumi itu berkata, menurut kajian pihaknya kebanyakan bangunan di Malaysia kurang mengambil kira faktor itu kerana beranggapan Malaysia tidak berisiko kepada bencana berkenaan.

"Malaysia jarang mengalami masalah gempa bumi yang dahsyat dan faktor itu menyebabkan kebanyakan spesifikasi pembinaan bangunan kurang mengambil berat aspek kesan beban gempa bumi".

"Bagaimanapun, kita tidak boleh ambil mudah kerana Kuala Lumpur hanya 300 kilometer dari kepulauan Sumatera yang selalu berlaku gempa bumi besar," katanya pada sidang akhbar di USM di sini semalam.

Menurut beliau, antara bangunan yang disahkan mengikut piawaian kesan beban gempa bumi ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang serta Komtar di Pulau Pinang.

Sumber: www.kosmo.com.my

Tiada ulasan: