Khamis, Oktober 01, 2009

'S.I.S' anai-anai dalam perjuangan Islam


Tindakan Sister in Islam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan disini untuk semakan dan menangguhkan perlaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Sukarno adalah tindakan yang secara tidak langsung cuba menentang perlaksanaan hukum syariah di negara ini sekali gus menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.


Perjuangan S.I.S sejak penubuhannya telah banyak mengelirukan pemahaman rakyat Islam negara ini yang sering mempertikaikan hukum hakam yang telah termaktub dalam Al Quran. Perjuangannya yang berlandaskan fahaman liberal itu lebih melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang telah menjadi latarbelakang fikiran S.I.S.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan perlu menolak sebarang semakan yang dibuat oleh mana-mana pertubuhan yang cuba mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah. Tindakan S.I.S ini jika tidak dihalang ianya tidak lebih seperti anai-anai yang lambat laun akan merosakan pemikiran umat Islam di negara ini. Sepatutnya S.I.S atau mana-mana pertubuhan atas nama Islam perlulah berusaha memelihara kesucian agama dan nama Islam itu sendiri bukan mempersoalkannya apatah lagi jika menghinanya. Wallahuaalam.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tiada ulasan: