Isnin, November 23, 2009

Garam dan usia adalah guru MB Kelantan


MAHKLUK bernama 'usia' penuh dengan keajaiban. Ia sebuah program perjalanan genetik yang berada dalam khazanah kehidupan. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaikan tabii sebuah perahu yang menghilir, ia perlahan mengalir.

Adakala, ia tersangkut awal dan boleh kekal terhenti. Ada masanya, ia boleh terhenti sementara dan mengalir lagi untuk juga berhenti di tengah... Hanya orang yang ditakdirkan panjang usianya saja yang akan terus mengalir; rapat hingga kehujung.Hujung boleh bermakna 100 tahun misalnya. Dalam perjalanan merempuh tebing dan melayan selekoh di liku-liku cabaran hidup itulah orang yang berusia mengumpul garam.Garam itulah yang mengasingkan antara orang yang bijaksana dengan yang kurang. Tentu sekali air yang dalam lebih jernih.


Dalam banyak hal, kematangan banyak tertakluk kepada usia. Jika tidak, masakan junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW dilantik dalam usia empat puluh tahun. Jika itulah had minimum bermulanya usia kepimpinan yang sihat maka itulah dalilnya.

Namun, ini tidak bermakna yang pemimpin tidak boleh lahir lebih awal. Namun, jika kita bercakap soal "bench marking" dari isyarat yang digaris oleh langit, maka inilah idealnya. Bermula dari usia itu, Rasulullah SAW menerima wahyu-wahyu suci. Di sana kita dapat saksikan betapa faktor kewarasan memainkan peranan.

Dalam usia awal dewasa (early adulthood) yakni antara umur 20-39 tahun atau disebut juga sebagai zaman vicenarian/tricenarian ini, manusia terlalu tinggi digerakkan oleh nafsu ammarah,emosi dan kecintaan untuk memenuhi kegelojohan cita-cita. Dunialah, apa lagi! Tanpa perimbangan dan kawalan agama, tamaknya akan sering melanggar tebing. Ia kerap terbabas.

Jika dia seorang pemimpin parti atau organisasi dan kurang berhati-hati, dia akan banyak merempuh tembok amanah dan melanggar pelbagai disiplin yang barangkali dia sendiri yang rangkakan.

Kadangkala, atas nama ghairah berdakwah, dia terlalu rajin mengingatkan anak buah tetapi dialah orang yang pertama melanggari kata-kata dari kuliahnya. Kemudian, dia lazimnya sibuk dan banyak membakar masa produktifnya untuk mempertahankan kesalahan diri dari kubu persembunyiannya yang bernama ego. Dalam mabuk kuasa dan popularity itulah, dia memalukan dirinya. Ini akan terbukti dalam jangka panjang.

Manakala, usia pertengahan dewasa antara 40-59 tahun atau disebut sebagai tahap Quadragenarian/Quinquanarian pula adalah usia pembenihan dan pertumbuhan bakat kepimpinan yang terbaik.

Zaman yang dikenali sebagai renaissance kewarasan ini adalah zaman yang subur dengan gelora sumbangan. Dengan bekal taqwa, ilmu dan keikhlasan, seorang mukmin sejati akan dapat disaksikan kegemilangan akhlaknya yang terpuji sewaktu menangani apa jua isu seputar amanah yang dipikulnya. Dia lazimnya berprestasi tinggi.

Bagaikan kemuliaan seekor penyu, dia akan menelurkan ribuan jasa tanpa diriuhinya akan kehadiran 'sayanya'. Dia adalah air yang senuh se tin. Keakuan dan ketrampilannya dipendamkan serahsia mungkin tetapi di sana orang seakan-akan tahu dia adalah sebutir geliga yang tergilap.

Tanpa mengocak loceng kehadiran, sentuhannya masih terasa. Tangannya mungkin tidak kelihatan tetapi cakar-cakar amal yang mulia dari sentuhan dan tinggalan jasanya ada di terkesan di mana-mana.

Membelek muka surat profil Tok Guru Nik Abdul Aziz, kita boleh menemui catatan-cacatan keajaiban seumpama ini di sana sini. Sejak tahun 1967, sewaktu parti saingan galak menangkap ulama’, berbekalkan keyakinan, keimanan dan keberanian, beliau telah mewaqafkan usianya kepada gerakan Islam.

Jika PAS mengasaskan Kepimpinan Ulama’ seawal tahun 1982, maka dialah pancang dan tunggulnya. Dan, dia masih unggul; tetap tercegat setia berdiri di situ hingga sampai ke hari ini.

Demikian, sebuah nilai istiqomah. Sewaktu PAS berjalan di dalam pelita; di tengah-tengah hembusan nafas pihak musuh yang sentiasa termuncung-muncung, mahu memadamkan api kebenaran itu, Tok Guru nekad membelah malam. Dia tetap tekun untuk sabar berperahu.

Dalam usia pertengahan dewasa yang di kategorikan oleh pengkaji sebagai usia gemilang itulah, Tok Guru benar-benar menepati perjalanan teori. Akhirnya, dalam usia kira-kira 58 tahun, barulah beliau ditakdirkan oleh Allah menduduki kerusi Menteri Besar.

Rupanya, dari tahun 1967-1990, selama 23 tahun, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah menjalani satu tempoh tarbiyyah amali penuh kepayahan memimpin jemaah sebelum beliau di lantik CEO untuk sebuah kerajaan.

Sebelum kecemerlangan beliau terserlah, beliau dijeruk ke dalam tempayan ujian yang cukup menguji terlebih dahulu. Beliau dihujani dengan lembing fitnah dan ungkit umpatan. Beliau berembun di pelana pagi, setiap kembali dari kuliah di jauh malam.

Beliau cuma bermula dengan sebuah motor Honda Cub dan bukan dengan kenderaan 4 wheel. Inilah yang dikatakan sebagai proses perjalanan usia. Kewarasan kepemimpinannya tidak datang percuma. Tidakkah hikmah itu barang yang hilang.

Lazimnya, apa yang hilang perlu di cari?

Sesungguhnya, di sana ada sebuah madrasah yang bernama 'the making of Nik Abdul Aziz'. Jika orang mahu naik dengan sekedar bersandar dibahunya atau berkonspirasi untuk menjatuhkannya, maka percayalah. Orang atau orang-orang itu tidak akan kekal lama justeru ia menyalahi segala hukum dan protokol pembikinan biasa kelahiran seorang pemimpin. Kata pepatah Inggeris, 'usually a true leader is not born. It is made'.

Jika kita semak kisah Nabi Allah Yusuf Alaihissalam misalnya, kita akan cepat menangkap keunikan Yusuf yang didewasakan melalui pelbagai ujian. Usialah yang menjadi latar tempat dan masa bagi tumbuhnya benih kepimpinan. Sekurang-kurangnya,Nabi Yusuf a.s. telah diuji dalam sembilan keadaan iaitu:

a) Menjadi sasaran kebencian saudara-saudaranya.

b) Berpisah dengan keluarga.

c) Dibuang ke sumur dalam usia 12 tahun.

d) Dijual dan menjadi hamba sahaya.

e) Digoda dan dirayu wanita.

f) Dituduh memperkosai isteri Perdana Menteri.

g) Dipenjara selama 9 tahun.

h) Mendapat kekayaan dan kenikmatan yang melimpah.

i) Memaafkan saudara-saudaranya.

Menyemak sejarah Mahatma Gandhi, kita boleh temui proses kematangan yang dilalui beliau melalui lorong usia yang hampir sama. Mari kita amati fakta-fakta ini.

a) Dalam usia 13 tahun, beliau dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan bernama Kasturba.

b) Dalam usia 19 tahun beliau meninggalkan tanah air bagi menyempurnakan Ijazah Undang-Undang.

c) Beliau berjanji pada ibunya untuk tidak minum arak, berzina, dan tetap menjadi Vegetarian sepanjang menimba ilmu di London.

d) Pada tahun 1891, beliau kembali ke tanah air dan memulakan langkah permulaan kerjayanya di Bombay dan Rajkot.

e) Pada tahun 1893, beliau telah berhijrah ke Selatan Afrika untuk menegakkan keadilan di sana. Beliau menetap di sana selama 12 tahun dan menubuhkan satu parti Natal India Congress untuk memulihkan kehidupan rakyat India di sana mengikut hak-hak keadilan dan tanpa pencabulan hak asasi manusia.

f) Pada 1914, beliau kembali ke tanah air, dan menubuhkan Satyagraha Ashram berhampiran Ahmedabad. Dipengerusikan oleh G.K.Gokhale dan Lokmanya Tilak, beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh golongan professional. Selepas itu, beliau mulalah menjejakkan kaki di dalam kancah politik.

g) Beliau memperkenalkan tiga gerakan dengan satu matlamat untuk bebas daripada peraturan dan undang-undang British. Yang pertama ialah Non-Cooperation Movements, objektif penubuhannya adalah untuk mengembalikan keamanan di tempat itu melalui pemboikotan barangan-barangan yang diimport, mahkamah British dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran British, dan menggalakkan penggunaan barangan tempatan.

h) Yang kedua, ialah dengan menggerakkan Civil Disobedience Movement yang telah ditubuhkan pada 6 April 1930. Sebagai permulaannya Gandi March atau 'Satyagraha' telah digunakan untuk menentang Undang-Undang Garam British; dan beliau mengarahkan pengikutnya untuk menghasilkan garam sendiri.

i) Yang ketiga, beliau telah menubuhkan Quit India Movement pada tahun 1942, dengan mendesak pihak British berundur dari negara itu. Selepas pihak British berundur, India telah mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.

j) Pada 30 Januari 1948, beliau berakhir di muncung senapang seorang communalist.

Merumuskan kepimpinan Gandhi, Pandit Jawaharlal Nehru sempat berkata begini: "The light has gone out of our lives and there is darkness everywhere".

Kembali kepada kisah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau kini dicadangkan oleh Zaid Ibrahim, Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) untuk mempengerusikan PRM bagi mencontohi sifat kepemimpinan Gandhi.

Zaid Ibrahim melihat kualiti yang ada pada Tok Guru melangkaui sempadan usia, batas agama, dan tembok kaum.

Sejurus setelah Zaid membuat cadangan banci sokongan yang dibuat oleh NTV7 pada malamnya benar-benar mengesahkan kredibiliti Tok Guru Nik Abdul Aziz. Tok Guru memborong 44% sokongan sementara Anwar mendapat 43%.

Pendek kata, walaupun Tok Guru Nik Aziz sedang dikepung oleh isu di sekitar tajaan untuk mengerjakan haji, dan hingusan isu yang keluar dari bersin menantunya di PMBK, beliau tetap sabar bersahaja.

Terkini pula, ada tanda-tanda kerusi Pesuruhjaya Negeri beliau mahu digugat oleh seorang pemilik blog (mungkin atas suruhan) tetapi beliau masih tetap selamba kerana duri di hutan tidak siapa pun pernah menajamnya.

Melalui proses usia dan pengalaman yang panjang Tok Guru Nik Abdul Aziz yang kini berusia 78 tahun, sudah masak dengan sepak terajang. Sungguhpun beliau boleh dilihat perlahan kerana sedang berada dalam zaman 'septuagenarian' yakni antara usia 70-79 tahun tetapi beliau masih dilihat utuh.

Mari kita tumpang keutuhan beliau bersaksikan kata-kata ini: "Saya telah tua sekarang ini, dan hanya boleh membaca kepala angin samada ribut atau hujan akan turun berdasarkan pengalaman saya. Saya boleh baca contohnya jika air berombak, saya akan menyatakan mungkin ada tunggul di bawahnya. Tapi jika saya hendak mengangkat sauh sendiri sekarang ini saya sudah tidak berdaya melakukannya. Begitu juga hendak mengangkat dayung atau turun mencampakkan sauh pun saya tidak mampu. Orang lainlah yang perlu melakukannya.

Jadi, saya hanya boleh baca kepala angin. Ini kerana terdapat angin yang bawa ribut atau hujan berdasarkan pengalaman saya yang ada." - (Harakah Bil.1488, 13-15 November 2009, N9).

Sebetulnya, proses usia adalah proses perjalanan kematangan. Jauhi dari tabiat tidak sabar. Usah dipaksa kematangan itu datang dengan menjolok durian yang lambat gugur. Laluilah denai pengalaman melalui urutan proses kematangan yang normal sebelum duduk dikerusi kemudi. Biar ia berlaku secara natural. Jika tidak, usah disalahkan orang apabila orang menamakan kita sebagai budak awang yang belum mumayyiz. Jangan karier kita berakhir; mati muda dalam malu; terhingguk-hingguk di kerusi malas.

Oleh ANUAL BAKRI HARON
(Penulis adalah Setiausaha Politik dan dulunya Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Baca selanjutnya...

Ahad, November 22, 2009

Duduk lama depan komputer boleh bawa maut?


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada di antaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada di antaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot – otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat rapuh kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis).. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru..

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).
Baca selanjutnya...

Isnin, November 16, 2009

Biar kerajaan Kelantan urus royalti minyak


Najib diseru bersikap konsisten tangani isu royalti petroleum seperti kes Sabah dan Sarawak ."Hasrat baik boleh menyelesaikan banyak perkara. Dalam kes Kelantan, jika terdapat hasrat baik dari pihak kerajaan persekutuan, negeri itu akan dibenarkan mendapatkan royalti minyak dan gas. Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang paling miskin di negara ini dan royalti itu boleh membantu mengisi kantungnya. Ini bermakna, pada peringkat negeri, akan terdapat lebih wang untuk pembangunan.

"Buat masa sekarang, isu tersebut telah menjadi semakin rumit dari sudut politik, perundangan dan perlembagaan dan mungkin akan berakhir di mahkamah. Mengapa perlu jadi begitu? Bukankah jika Kelantan mendapat royalti, rakyat yang mendapat faedahnya?

Ayat-ayat di atas adalah daripada satu artikel yang pernah saya tulis sebulan yang lalu bertajuk "Let goodwill prevail" (3 Ogos 2009). Jadi, dengan kerajaan menganugerahkan Kelantan wang ihsan, hasil pengeluaran gas dan minyak di perairannya, adakah isu tersebut telah dikira selesai?

Sebelum saya menjawab soalan itu dan mengemukakan semula perkara-perkara yang pernah saya bangkitkan dalam artikel saya terdahulu, mari kita puji tindakan kerajaan membenarkan Kelantan menikmati faedah daripada sumber minyak dan gas yang dimilikinya bermula tahun hadapan. Ini bermakna, lebih banyak wang kini diperolehi untuk pembangunan di salah sebuah negeri yang paling miskin di negara ini. Justeru, majoriti ahli politik Umno Kelantan tentunya berasa terhutang budi.

Tetapi isu royalti minyak, yang menurut kerajaan Kelantan mereka berhak mendapatkannya, tidak akan mati begitu sahaja. Walaupun kerajaan negeri berasa sukacita kerana tuntutannya terhadap hasil petroleum yang diperolehi di perairannya akhirnya diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan, ia tidak akan menerima wang ikhsan. "Sama ada royalti atau tak payah," kata Dato' Husam Musa, jurucakap kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan yang turut menuntut bayaran tertunggak royalti berjumlah di antara RM800 juta dan RM1.7 bilion tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan persekutuan kerana menyekat hak yang sepatutnya mereka perolehi.

Majoriti rakyat Kelantan tidak merasakan perlu rasa terhutang budi kerana mereka percaya mereka berhak mendapatkan royalti yang dipertikaikan oleh kerajaan persekutuan. Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, menurut undang-undang, Kaelantan dan Terengganu boleh menuntut royalti minyak dan gas yang ditemui di perairan mereka - iaitu kawasan yang tidak lebih daripada tiga nautikal daripada pantai.

Kerumitan ini tidak wujud sewaktu Pertonas ditubuhkan dalam 1974 dan hanya berbangkit selepas 1999. Bapa Najib, Tun Abdul Razak menubuhkan syarikat minyak kebangsaan kerana beliau ingin membangunkan sumber hidrokarbon negara dengan cekap. Untuk melakukannya, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) diperkenalkan di mana Petronas menjadi pemilik eksklusif dan penjaga rizab minyak dan gas negara.

Sebagai balasan pemilikan dan hak di bawah perjanjian hak pemunyaan yang ditandatangani oleh semua negeri, Petronas akan memberikan wang tunai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di mana minyak dan gas komersil ditemui. Dalam terma yang mudah, 10% daripada pengeluaran kasar akan diambil bagi pembayaran royalti, yang akan dikongsi sama rata oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Sementara dokumen undang-undangnya mungkin lebih rumit, inilah pati kepada perjanjian 'gentleman' dan formula perkongsian pendapatan yang ditandatangani oleh Petronas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Sarawak, yang merupakan negeri pengeluar minyak dan gas terbesar di negara ini tentu tidak akan bersetuju dengan perjanjian seperti ini tanpa jaminan perkongsian pendapatan. Tidak disebut soal peraturan tiga batu nautikal kerana saya fikir kerajaan negeri tentu sudah mengetahui bahawa minyak dan gas didapati di kawasan yang lebih jauh daripada itu.

Penubuhan Petronas dan perkongsian pendapatan merupakan contoh semangat Tun Razak untuk meningkatkan hungungan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Anak didiknya Tengku Razaleigh Hamzah, yang diamanahkan untuk menghasilkan PDA dan memperbadankan Petronas berkata, tidak perlu tindakan mahkamah kerana perkara itu jelas dan mudah.

Perjanjian yang ditandatanganinya bersama semua kerajaan negeri sewaktu beliau menjadi Pengerusi Petronas itu masih sama: 5 peratus royalti perlu diberikan walaupun minyak dan gas itu ditemui di dalam kawasan di bawah jurisdiksi persekutuan.

Jadi, dari 1974 hingga 1999, tidak berlaku pertikaian langsung dan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu menerima bayaran tunai atau royalti daripada Petronas duak kali setahun.

Tapi hal ini berubah dalam 1999 - tahun di mana PAS berjaya merampas Kerajaan Terengganu daripada Umno. Dengan anggaran RM1 bilion dalam bentuk royalti minyak, PAS yakin dapat menguruskan dana negeri dengan baik dan mula memansuhkan tol dan mengurangkan cukai pintu untuk faedah rakyat.

Selepas satu pembayaran sebanyak kira-kira RM432 juta, Petronas diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan - yang merupakan pemilik tunggal saham syarikat itu - supaya berhenti membayar royalti.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak mengekalkan status quo. Tun Dr Mahathir telah mengubah pelan permainan dan mengisytiharkan bahawa kerajaan PAS tidak berhak mendapat royalti minyak. Alasan yang diberikan tidak terdapat klausa yang mengatakan bahawa royalti akan diberikan jika minyak dan gas ditemui lebih jauh daripada tiga batu nautikal.

Wang royalti, yang kini digelar wang ihsan, diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan disalurkan ke negeri itu melalui agensi persekutuan. Kerajaan PAS waktu itu telah menyaman kerajaan persekutuan dan kes sivil itu masih berada di mahkamah hari ini kerana kerajaan negeri, kini dikuasai Umno, masih belum menarik balik kes tersebut secara sah.

Ceritanya agak berbeza di Sabah dan Sarawak. Petronas terus membayar royalti minyak terus kepada perbendaharaan negeri dan syarat jauh tiga batu nautikal tidak terpakai kepada mereka. Kerajaan persekutuan memberi alasan bahawa kedua-dua negeri itu berhak mendapat royalti minyak kerana sumber hidrokarbon mereka ditemui sewaktu pemerintahan British lagi atau sebelum perjanjian ditandatangani.

Benar, sementara minyak pertama kali ditemui di Miri pada 1910, kawasan minyak dan gas di luar pantai ditemui agak terkemudian - dalam 1962 di Sarawak, 1971 di Sabah dan 1973 di Terengganu. Majoriti kawasan minyak dan gas di negeri itu ditemui selepas Petronas ditubuhkan pada 1974 dan hampir kesemuanya berada dalam zon ekonomi eksklusif di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Keadaan tidak konsisten ini tidak berakhir di situ. Tuntutan pendapatan minyak dan gas Kelantan dipertikaikan oleh kerajaan persekutuan kerana kawasan utama yang dibangunkan berada dalam kawasan perairan bertindih di antara Thailand dan Malaysia. Penandatangan bagi kawasan pembangunan bersama (JDA), yang terletak di luar perairan Kelantan dan Teluk Thailand adalah kerajaan Malaysia dan Thailand, Petronas, Pihak Berkuasa Petroleum Thailand dan syarikat minyak asing. JDA itu tidak melibatkan kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun, di satu kawasan bertindih yang lain melibatkan perairan Vietnam, Terengganu berhak mendapat bahagiannya daripada pendapatan tersebut. Kawasan ini dibangunkan di bawah perjanjian kawasan yang diperuntukkan untuk komersil (CAA), dan berbeza dengan JDA, kerajaan bukan sebagai penandatangan. Bahagian yang berhak diperolehi Terengganu ditandatangani oleh Petronas dengan syarikat minyak asing.

Jadi, walaupun berada dalam kawasan bertindih, masih terdapat cara untuk mendapatkan royalti, biarpun kerajaan negeri bukan penandatangan. Jika Malaysia dan Indionesia mengambil keputusan untuk bekerjasama membangunkan Ambalat yang dipertikaikan, sama ada melaui JDA atau CAA, Sabah sudah tentu akan mendapat royaltinya.

Akan berlaku kebangkitan politik di Sabah jika Kerajaan Persekutuan enggan. Perkara yang sama akan berlaku jika Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk menukar bayaran royalti dengan wang ihsan., jika sekiranya negeri itu diperintah oleh pembangkang.

Pengalaman buruk yang dialami Kerajaan PAS Terengganu berhubung wang ihsan merupakan satu lagi sebab mengapa kerajaan Kelantan mahukan wang itu masuk terus ke perbendaharaan negeri. Di Terengganu, pengurusan wang ihsan, tiada ketelusan dan ia menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan kelompok Umno dan juga Istana. Perbelanjaan tidak ditumpukan untuk membasmi kemiskinan - Terengganu masih menjadi salah sebuah negeri termiskin di negara ini - sebaliknya dana tersebut digunakan untuk membiayai projek mega dan membantu kelompok Umno tertentu.

Malah Menteri Besar sekarang, Datuo' Ahmad Said, disebut sebagai berkata bahawa sebagai ahli exco, beliau tidak tahu projek mana sebenarnya yang dibiayai oleh wang ihsan:

"Mereka gunakan wang kita. Apabila kementerian melaksanakan sesatu projek, ia dibuat atas kepentingan sendiri tanpa mempedulikan keperluan rakyat. Secara peribadi, saya tidak suka dengan beberapa projek yang dijalankan kerana kosnya yang mahal dan kurang relevan kepada rakyat. Buat masa sekarang, orang lain yang buat keputusan, bukan kami yang memerintah negeri ini."

"Mereka" dan "orang lain" itu dirujuk kepada mereka yang ada hubungan dengan Umno.

Disebabkan idea untuk mewujudkan dana khas milik negeri - Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) - tidak terlaksana, bahagian yang diperolehi daripada pendapatan minyak dan gas masih berada di tangan kerajaan persekutuan sebagai wang ihsan. TIA tidak kekal lama disebabkan idea untuk melabur dalam projek mahal seperti pelancongan tidak menepati keperluan segera negeri.

Najib berkata Kerajaan Kelantan akan diajak berunding mengenai projek-projek yang akan dijalankan dan wang akan disalurkan menerusi agensi persekutuan untuk membasmi kemiskinan. Tetapi jika Terengganu yang dikuasai Umno, masih menghadapi masalah dalam penyaluran wang ihsan, masalah kerumitan 'politik' mungkin lebih besar bakal dihadapi oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS.

Untuk mengelak berlakunya pertelingkahan politik dan perundangan - yang tidak wujud sebelum wang ihsan diperkenalkan pada 2000 - biarkan semangat sebenar PDA kembali mekar di mana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang mengeluarkan minyak berkongsi pendapatan hasil minyak dan gas dengan diuruskan oleh Petronas.

Bersikap konsistenlah semula. Dan biarkan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu, seperti Sabah dan Sarawak menguruskan royalti minyak mereka sendiri.

Oleh AZAM ARIS
Editor Eksekutif The Edge
Terjemahan: MUHAMMAD NOR ABD SAMAD
Baca selanjutnya...

Jin saka punca pendarahan usus?


Bersama Dato' Dr Haron Din

SAYA telah menjalani perubatan moden selama 18 tahun, tetapi para doktor gagal membantu menyembuhkan penyakit saya. Penyakit itu adalah pendarahan usus yang tidak pernah sembuh. Baru-baru ini saya telah di'scan' oleh seorang ustaz. Beliau mendapati, katanya ada jin saka dan jin-jin lain. Katanya semua jin-jin itu boleh dibuang melalui rawatan auraterapi beliau. Apakah risiko jika saya menjalani rawatan tersebut. Penjelasan Dato' amat diharapkan.

Salmah Ismail
menerusi e-mel


SETIAP penyakit ada ubatnya (maksud hadis). Allah tidak menurunkan segala penyakit, melainkan diturunkan bersama-sama dengannya penawar (maksud hadis).

Antara ubat, atau penawar yang senang didapati ialah al-Quranul Karim. Firman Allah (mafhumnya): "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar (shifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah al-Israk ayat 82)

Anda sakit, anda telah berusaha dengan cara yang betul iaitu dengan berjumpa doktor, terutamanya doktor pakar untuk mengikhtiarkan kesembuhan.

Jika sudah 18 tahun anda berusaha, dan sehingga kini belum ada kesembuhan, maka jangan sesekali berputus asa.

Anda harus terus berusaha mencari penawarnya. Tentu ada penawarnya berdasarkan kepada hadis dan al-Quran yang saya nyatakan di atas.

Perihal ada ustaz yang 'scan', memberitahu ada jin saka dan sebagainya, saya tidak tahu betulkan perbuatannya itu ataupun tidak.

Apa yang boleh saya fahami daripada cerita anda, seolah-olahnya ustaz itu boleh mengetahui perkara yang ghaib.

Perihal saka menyaka ini atau gangguan jin dan sebagainya, adalah perkara ghaib.

Mengetahui penyakit dengan cara 'scan' sebegini adalah juga ghaib. Perihal mendakwa mengetahui yang ghaib adalah perkara yang amat serius dalam syariat Islam.

Tidak boleh sedemikian. Islam melarang dengan sekeras-kerasnya. Dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Surah al-An'aam ayat 59)


Firman Allah (mafhumnya): "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun.

"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)." (Suratul Jin, ayat 26-27)

Dalam as-Sunnah, banyak terdapat hadis Rasulullah s.a.w. mendatangi tukang tilik atau pengubat-pengubat yang mendakwa mengetahui yang ghaib. Antaranya hadis daripada Sufayyah bin Abi Ubaid katanya (mafhum): "Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang mendatangi arrafan (tukang tilik atau pengubat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib), lalu menanyakannya sesuatu, maka perbuatan itu mengakibatkan ibadatnya kepada Allah SWT tidak diterima selama 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal, meriwayatkan hadis (mafhumnya): "Sesiapa yang mendatangi kaahin dan bertanya sesuatu kepadanya, dan mempercayainya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah (al-Quran) kepada Nabi Muhammad s.a.w."

Apa itu kaahin? Dalam Kamus al-Munjit disebut kaahin itu adalah orang yang mendakwa mengetahui segala rahsia dan hal-hal yang ghaib. Kaahin juga bermaksud, mengubat atau tukang tilik atau orang yang menolong seseorang itu melepaskan kesusahannya. Semuanya dilarang kerana boleh membawa syirik kepada Allah SWT.

Mengenai rawatan orang yang dimasuki makhluk halus seperti cara yang disyariatkan oleh Allah SWT, adalah harus melakukannya, seperti menggunakan doa, solat hajat, membaca ayat-ayat tertentu dan merawatinya dengan cara yang betul, itulah cara yang patut dilakukan.

Saya tidak begitu arif mengenai auraterapi. Anda rujuklah kepada yang lebih arif. Sekian sahaja, wallahua'alam.

Baca selanjutnya...

Ahad, November 15, 2009

Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz


Ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu. "Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.


"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah Mastika sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya. - BERNAMA
Baca selanjutnya...

Isnin, November 09, 2009

Dr Asri sedia berceramah di Kelantan


KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.

"Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.

"Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya," ujar beliau.

Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.

Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri.

Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut.

"Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain," katanya.

Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar.

Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami.

Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara.

Sumber: www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...

Sabtu, November 07, 2009

'Orang politik jangan sombong dan angkuh'


Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil.

Selepas ia dipecahkan oleh Tok Guru Nik Aziz, barulah semua orang nak mengaku, barulah semua orang nak bercerita, barulah semua orang nak buka rahsia, dan saya pun menerima bermacam-macam aduan melalui SMS, emel dan telefon.

Memang kita tak menduga ia seserius itu. Nampak di permukaannya macam biasa saja. Nampak airnya tenang. Ada sedikit berolak dan berkocak di sana-sini sekali-sekala, itu biasalah. Lebih-lebih lagi selepas musim kemenangan. Ada yang terlebih gembira sikit. Ada yang mulai khayal dengan kesenangan dan kebendaan. Ah, manusia!

Makanya ramai juga yang jadi melenting dengan tindakan Tok Guru Nik Aziz itu. Tak dinafikan saya pun terima banyak juga reaksi yang marah kepadanya dan menuduhnya melalut dan meminta dia melepaskan jawatan dan sebagainya. Tapi, lebih banyaklah lagi yang bercerita dan membuka rahsia-rahsia buruk yang selama ini dipendamkan.

Seseorang dari Seri Gombak misalnya menelefon saya mengadukan cerita yang berlaku setahun yang lalu.

Rumahnya kena pecah dan dimasuki perompak, dan isterinya kena tetak hingga hampir putus tangan. Ketika isterinya di hospital hampir satu bulan, tidak ada seorang pun pemimpin parti atau wakil mereka datang menjenguk.

Dia sendiri berjumpa dengan seorang tokoh pimpinan di kawasannya selepas tokoh tersebut berpidato penuh semangat di hadapan ribuan penyokong, dan dia menceritakan peristiwa yang menimpa keluarganya itu, dengan harapan tokoh itu akan datang menziarahi isterinya di hospital.

"Kita bukan nak minta duit," katanya, bercerita melalui telefon kepada saya.

Lalu terhamburlah cerita yang dia pernah bekerja untuk parti, menampal poster, memasang bendera, membawa makanan kepada jemaah yang bekerja di musim kempen pilihan raya, dan macam-macamlah.

"Waktu kempen pilihan raya," katanya, "habis semua orang tua, orang yang uzur, orang yang sakit, kita cari hingga ke hujung-hujung kampung, untuk tunjukkan keprihatinan kita dan parti kita. Tapi selepas menang, kita beritahu sendiri ke telinga dia pun dia tak datang!"

Cerita itu berlaku lebih setahun yang lalu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia perlu menceritakannya lagi, sekarang? Dan itu hanya satu daripada puluhan cerita dan aduan yang saya terima dalam tempoh yang singkat selepas ledakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu.

Beberapa orang pula bercerita tentang tokoh-tokoh yang sudah pandai hidup bergaya, lupa pada cara hidup serba sederhana sebelum menjadi YB dulu. Jemput berceramah pun kalau orang tak ramai dah tak mahu datang. "Tanya pula, dah dapat permit? Dulu tak peduli pun itu semua."

Ada pula tokoh tu, kalau naik kapalterbang mesti kelas satu atau business class! (Ha, terkejut kau!) Buat rumah banglo baru lagi. Ah, macam-macamlah, hal-hal yang negatif begitu. Saya pun malaslah nak ceritakan semula. Anda tahulah apa yang saya maksudkan.

Maka saya merumuskan - Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Seperti saya kata dalam tulisan lalu: "Lebih baik ia ribut sekarang daripada ia ribut tahun depan."

Betul! Bukan tujuan nak menyalahkan sesiapa. Cuma ... Lihatlah! Buka mata, buka telinga, dan dengarlah apa yang rakyat bawahan nak cerita. Memang mereka nak bercerita sekarang. Dulu mereka sanggup pendamkan rahsia-rahsia yang kurang enak mengenai pemimpin mereka. Tetapi hari ini tidak lagi. Hari ini mereka mahu bercerita. Maka dengarlah!

Dengarlah luahan rasa orang-orang di bawah yang sebahagian mereka ada yang sudah jadi bosan dan meluat disebabkan terlalu keliru dan sebagainya, hinggakan ada yang nak keluar parti pun. Janganlah pula kita sendiri yang keliru disebabkan terpesona dengan kemenangan, hingga mahu menganggap suara-suara dari bawah ini semuanya remeh dan tak perlu diambil kira.

Bagi saya, seperti yang saya sebut dalam tulisan dulu: "Ini suatu saat yang genting dan mencabar. Tiap gerakan atau organisasi perjuangan akan ada saat ujian yang sebegini. Menguji kebijaksanaan kepemimpinan, untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan. Ada hikmah-Nya, untuk PAS (satu-satunya wadah untuk Islam didaulatkan di negara ini) menjadi lebih kukuh dan mantap."

Tak mengapa. Jangan takut menghadapi krisis. Dan jangan takut mendengar tuduhan, aduan, kekecewaan, kemarahan dan sebagainya itu. Ini semua adalah tanda-tanda parti yang sedang membesar dan menjadi dewasa. Kalau tak mahu ada krisis seperti ini, apakah kita lebih suka melihat 'satu-satunya wadah untuk mendaulatkan Islam di negara ini' terus kekal sebagai parti yang kecil untuk golongan tertentu sahaja?

Saya dan kawan-kawan seniman-budayawan-cendekiawan – kami bukan orang politik. Tetapi kami adalah pemerhati yang mempunyai komitmen dengan kebudayaan, kesenian dan ketamadunan bangsa dan negara (yang sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan politik).

Golongan ini (seniman-budayawan-cendekiawan) sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam perjalanan hidup bangsa dan negara. Inilah mesej yang selama ini cuba dihantar oleh golongan ini kepada orang-orang politik, agar dapat dijalinkan persefahaman, demi untuk mewujudkan kehidupan yang lebih jernih dan bererti.

Tetapi sayangnya kami masih mendapati orang-orang politik itu kebanyakannya terlalu angkuh dan sombong (apalagi selepas menang), hingga bukan sahaja mahu menafikan kepentingan golongan 'budayawan' ini, tetapi juga mahu menafikan kepentingan untuk mendengar suara-suara di peringkat bawah, seperti yang cuba saya paparkan di atas itu.

Maka ada seorang penulis di kalangan kami, yang melihat dari sudutnya tersendiri, selalu menegaskan bahawa: "Orang politik ni semuanya sama saja. Umnokah, PASkah, KeADILankah, sama saja."

Saya dan kawan-kawan lain selalu membantah pandangannya. Tetapi akhir-akhir ini apabila dia mengungkit kata-katanya itu, kami hanya berpandangan sesama sendiri, walaupun sebenarnya saya sendiri tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Oleh DINSMAN
Baca selanjutnya...

Selasa, November 03, 2009

Jantung


Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula.

Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artery tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 Liter darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti.

Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya.
Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat . Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

WASSALAM...

Terima kasih pengirim email yang memberi artikel yang sangat menarik ini.
Baca selanjutnya...

Ahad, November 01, 2009

JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.


Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

"Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

"Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan anggota JAIS sewaktu menguruskan operasi berkenaan.

"Tindakan JAIS tak serasi, bukan saya nak suruh mereka hormat saya, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tahu saya bekas Mufti kerana negeri Perlis," katanya.

Diminta mengulas mengenai tauliah yang dikeluarkan oleh JAIS kepada guru agama yang ingin mengajar di Selangor, Mohd Asri berkata: "Saya ingin beritahu, JAIS ni, ketika saya menjadi mufti Perlis, mereka mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor melainkan Mufti Perlis.

"Bayangkan kalau mereka tanya saya mengapa tak pohon tauliah... ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam negeri Selangor."

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
Baca selanjutnya...

Sabtu, Oktober 31, 2009

Tuhan tidak pernah 'tinggalkan' kita...


"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."

Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.

"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.

"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.

"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.

"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.

Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.

Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.

"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.

"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!

"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.

Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.

Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.

Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.

Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.

Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.

Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.

"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis termanggu-manggu.

Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.

Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.

Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.

Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.

Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjuk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.

Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.

"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.

"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.

Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.

Sesat selama sejam

Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.

"Abang...kenapa berhenti?

"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi. Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.

Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:

"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.

Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.

Tiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.

Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan-Nya.

Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.

Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.

Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.

Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.

"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.

Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...

Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.

Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.

Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)

Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.

Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.

Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.

Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.

"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.

"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.

Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.

Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.

Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)

Oleh AZAMIN AMIN (HARAKAHDAILY)
Baca selanjutnya...

Sebab-sebab was-was dalam ibadah


MUKADDIMAH

Persoalan was-was sering ditimbulkan oleh masyarakat. Sebelum ini saya telah menulis berkenaan dgn was-was dalam akidah. Saya telah berkata ingin menulis tentang tajuk was-was dalam ibadah pula. Hajat ini sudah lama tertangguh. Ramai dikalangan sahabat dan sahabiah kita yang mengalami penyakit ini yang mengadu pada saya. Banyak perkara yang perlu disentuh dalam perkara ini. Buat permulaan ini saya akan menulis tentang sebab-sebab seorang itu terjebak dalam perkara ini. Oleh itu dengan penulisan ini, mudah-mudahan ia menjadi panduan berguna kepada semua.

SEBAB-SEBAB WAS-WAS

Banyak perkara yang menyebabkan was-was dalam ibadah ini. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Kejahilan dalam agama.

Oleh kerana kejahilan sebahgian besar manusia terhadap agamanya menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak disuruh oleh agamanya. Manusia yang berilmu mengetahui najis-najis yang dimaafkan sedangkan manusia yang jahil terpaksa membasuh najis-najis yang dimaafkan. Saya telah menulis tentang najis2 yang dimaafkan pd artikel yang lepas (sila rujuk sini ). Manusia yang berilmu juga akan menjimat air ketika bersuci dan tidak termasuk dalam golongan yang melampau yang disebut dalam Hadis Nabi saw:

إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء

"Sesungguhnya akan ada satu dikalangan umat ini yang melampau dalam bersuci dan berdoa." (Hr Abu Daud)

Imam Ghazali berkata:

"Penyakit was-was adalah disebabkan kejahilan dengan ilmu syariat atau rosak akalnya. Kedua-duanya adalah sebesar keaiban dan kekurangan."

2. Kelalaian dalam beribadah.

Perkara utama dalam ibadah adalah khusyuk mengingati tuhan. Tidak kira ketika wuduk atau dalam solat. Firman Allah swt:

فاعبدني وأقم الصلاة لذكري


" Hendaklan engkau menyembahku dan dirikan solat supaya dapat mengingatiku." (14 : Toha)

Apabila lalai, menyebabkan seseorang itu tidak mengingati apa yang dibasuh dalam bersuci dan apa yang dilakukan ketika solat. Ketika ini syaitan akan mengambil peranan menggodanya sehingga dia terjebak dalam penyakit was-was. Ibnu Abbas telah berkata:

الشيطان جاثم على قلب ابن ادم فإذا سهى وغفل وسوس فإذا ذكر الله خنس

"Syaitan mendempek di hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai syaitan akan menimbulkan was-was di dalam hatinya. Apabila manusia ingat Allah syaitan akan berpaling."

Ini bertepatan dengan ayat 36 dan 37 surah az-Zukhruf.

3. Syaitan yang menggoda.

Tugas syaitan adalah untuk merosakkan wuduk dan solat seorang. Nabi saw bersabda:

إن للوضوء شيطانا يقال له الولهان فاتقوا وساوس الماء

"Sesungguhnya ada syaitan yang menganggu ketika seseorang itu berwuduk yang bernama walhan. Waspadalah terhadap was-was dalam penggunaan air ketika berwuduk." (Hr Ahmad dan tirmizi)

Didalam solat pula ada syaitan yang bernama Khinzab menganggu manusia solat.

4. Terlampau berhati-hati dan memerhati.

Apabila sesorang itu terlampau berhati-hati dalam bersuci, wuduk atau mandi menyebabkan dia tercampak dalam penyakit was-was. Dalam bersuci, wuduk dan mandi hanya cukup perasaan Zhon dan tidak perlu tahap yakin. Perasaan zhon adalah seseorang yang rasa sudah bersih ketika beristinjak (basuh najis) dan rasa sudah basuh dalam berwuduk dan mandi. Adapun sedikit perasaan yang mengatakan tidak bersih lagi atau belum basuh ia dipanngil waham dan tidak perlu dilayan.

Adapun dalam masalah batal wuduk dan solat ini dapat dilihat orang yang berpanyakit was-was ini sering membatalkan wuduk atau solatnya kerana perkara yang tidak pasti. Sedangnkan dalam Islam hanya mengira perkara yang batal sekiranya ia berlaku secara yakin. Nabi saw bersabda:

إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا

"Apabila seseorang mendapati sesuatu pada perutnya dan tidak pasti samaada keluar angin dari duburnya atau pun tidak janganlah dia batalkan solatnya sehingga dia yakin keluar seperti mendengar bunyi kentut atau mencium baunya." (Hr Bukhari dan Muslim)

5. Lemah Iman

Kenipisan iman menyebabkan seseorang itu mudah itu ditipu daya oleh syaitan dan mengikut hawa nafsunya dalam perkara was-was. Kita lihat orang yang kuat imannya seperti Omar bin Khattab ra, syaitan takut untuk mendekati dan menggodanya. Nabi saw bersabda:

ايها يا ابن الخطاب والذي نفسي بيده ما لقيك الشيطان سالكا فجا إلا سلك فجا غير فجك

"Wahai anak Khattab, demi tuhan yang mana diriku berada dalam kekuasaanya, tidak ada syaitan yang berjalan menemui dirimu di satu jalan melainkan dia akan melalui jalan yang kamu tidak lalui." (Hr Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Oleh itu setiap muslim mengenal pasti setiap sebab-sebab diatas dengan baik dan cuba menghindari dengan baik. Pada artikel yang lain saya akan menyebut tentang contoh-contoh orang yang mengalami penyakit was-was dalam ibadah seperti yang diceritakan oleh para ulama. Minta maaf kerana jarang-jarang menulis. Doakan saya.

Rujukan: Al-Quran, Syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi, al-Waswasah karangan Dr Iadah alkubaisi dan al-Was wasah oleh Fuad Siraj. http://akhisalman.blogspot.com
Baca selanjutnya...

Kalau nak jadi kuli, jadilah kuli Allah


JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

"Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji, dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke, tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak.

Walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena macam itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat macam ini, payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu tidak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala"

"Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan"

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Baca selanjutnya...

Dr Asri cabar Peguam Syarie, Nakhaei buktikan tuduhan


KUALA LUMPUR, 1 Nov : Sidang media tergempar semalam bagi menjelaskan tuduhan fitnah dan bantahan lantikan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini.

Dalam sidang media di Taman Tun Dr Ismail itu, Dr Asri membidas fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Badan-Badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Yadim dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Beliau menjelaskan antara fitnah yang terkandung dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan dalam laman web PGSM ialah mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar dari Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Menurut Mohd Asri lagi tuduhan lain yang dianggap melampau ialah dakwaan yang mengatakan beliau telah mencerca golongan ulama seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

"Bagi saya untuk membantah lantikan itu adalah hak dia, tetapi jangan membuat fitnah dan tuduhan-tuduhan yang melibatkan maruah dan bidang keilmuan".

"Ia seolah-olah nak menggambarkan saya ini sesat dan ini satu tuduhan yang amat berat".

"Saya mahu mereka buktikan hanya sepotong ayat sahaja tentang tuduhan-tuduhan itu termasuk di mana saya mencerca ulama," katanya di hadapan para wartawan daripada media arus perdana seperti TV3, RTM, NTV7, Utusan, Berita Harian dan The Star.

Menurut Dr Asri tuduhan berunsur fitnah tersebut timbul atas perasaan tidak puas hati pihak-pihak tertentu berikutan penawaran jawatan itu terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu majlis tazkirah pada Ramadan yang lalu.

"Saya tahu dalang di sebalik Memorandum ini. Sejak jawatan itu ditawarkan maka ada beberapa pihak yang barangkali tidak selesa, tapi itu tidak mengapa untuk mereka berikan pandangan," katanya.

Sementara itu, Dr Asri turut membangkitkan persoalan kepada Yang Dipertua Yadim Dato' Nakhae Hj Ahmad berhubung dakwaan bahawa beliau tidak diterima oleh majoriti penyokong Umno dan tidak diterima oleh PAS selama ini.

"Saya nak tanya dia(Nakhaei), dia sendiri pun ditolak oleh PAS dan bertanding di Baling atas tiket Umno pun kalah".

"Kalau ini nak dijadikan kriteria untuk jawatan Yang Dipertua Yadim, saya rasa banyak lagi yang dia tak layak," katanya yang turut menyatakan keputusannya di atas tawaran tersebut.

Katanya berdasarkan pekembangan terbaru ini, beliau tidak berminat untuk menerima tawaran jawatan Yang Dipertua Yadim itu dan lebih selesa memberi pandangan sebagai 'pihak ketiga' yang tidak terikat dengan mana-mana pihak seperti kerajaan, Umno dan PAS.

Turut ditanya tentang spekulasi penyertaannya di dalam PAS yang heboh diperkatakan, beliau menafikan dakwaan itu.

"Ketua Dewan Ulama PAS menjemput saya untuk sertai PAS".

"Sebenarnya saya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan para pemimpin PAS dan Umno tetapi saya rasa lebih baik menjadi suara ketiga buat masa ini," katanya yang selalu menerima dan memenuhi jemputan ceramah daripada kedua-dua parti.

Dalam sidang media itu, Dr Asri turut ditanya asama ada akan memanggil satu forum tebuka atau debat bagi menjelaksna setiap pertuduahan dan merungkai kekeliruan umat Islam berhubung isu ini, beliau setakat ini mahu pihak yang terbabit membuktikan tuduhan dan fitmah yang dilemparkan.

"Cukuplah saya beritahu melalui media bahawa perkara ini adalah bohong, saya belum berfikir untuk saman".

"Saya harap Yang di-Pertuan Agong juga membaca penjelasan saya, tapi mungkin juga saya boleh fikirkan (untuk menulis penjelasan rasmi) jika ada ruang boleh juga,"katanya yang kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

Antara tuduhan lain yang terdapat dalam memorandum berkenaan ialah Dr Asri didakwa sering mengambil tindakan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kepentingan umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu dalam memorandum itu juga dinyatakan pendekatan ekstrem Dr Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara khususnya negeri Perlis.

Juga dinyatakan bahawa cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahan dan beberapa kejadian pergaduhan.

"Perbezaan pendapat ini, sudah lama malah Prof Hamka juga pernah menegur Mufti Johor dalam beberapa hal," katanya sambil menunjukkan buku Hamka kepada pihak media.

"Saya juga dituduh mencerca imam Nawawi sedangkan sebahagian besar kuliah saya di Lembah Kelang menggunakan kitab Nawawi," katanya yang turut menjelaskan beberapa isu kontroversi yang pernah ditimbulkan beliau sebelum ini.

Sementara itu Mohd Asri turut mencadangkan supaya Jabatan Audit Negara melakukan siasatan terhadap YADIM bagi menyemak tentang beberapa perkara.

"Apabila timbul isu Yadim ini, saya ada semak beberapa perkara, mungkin semakan saya ini betul ataupun salah".

"Saya mencadangkan kepada pihak audit negara supaya melakukan audit kepada Yadim sekarang, ini adalah perkara yang patut dibuat dan kita mungkin akan bertemu dengan banyak perkara," katanya tanpa mengulas lanjut.

Sidang media sekitar 45 minit bermula jam 8.00 malam itu, turut dihadiri NGO-NGO Islam yang lain yang memberi sokongan kepada beliau antaranya AL-Mizan Kuala Pilah, Al-Qayim, Al-Qadim, Al-Nidaa yang penanungnya adalah Raja Muda Perlis, peguam dan para pendokong As-Sunnah di Malaysia.

Mengakhiri sidang media, Dr Asri sekali lagi mahu pihak yang terbabit membuktikan tuduhan-tuduhan yang mencemar nama baik beliau dan mengelirukan umat Islam di negara ini.

"Membantah atau berbeza pendapat itu boleh tetapi jangan jadi pembohong, pendusta!" katanya tegas.

Sumber: www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...

Rabu, Oktober 28, 2009

Tuan Guru MB saksikan Kelantan tewaskan Perlis


KOTA BHARU, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia.

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disambut oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

Apa yang membanggakan bendera FA dijadikan sejadah sewaktu mereka menunaikan solat.

Sumber: www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...

PAS, look at the big picture


Honestly PAS, ask yourself, did you pay any attention to the outsiders' critics before TGNA's outburst? Perhaps some of you did, but I believe most of you discard those comments the next minute after you read it.

Some of you may be asking, why, why choose this moment for the outburst? As if there is not enough outsider condemnation of us every day after Bagan Pinang, now we have to deal with our own internal ramblings? But, is this a bad moment, a bad timing for such outburst? NO. Not at all.

This is exactly the perfect time that you will actually pay some attention to what people has to say because your arrogance was greatly shaken after your embarrassing lost in Bagan Pinang. If TGNA's outburst came after Permatang Pasir's victory, you guys would probably have openly asked for his retraction or resignation from party.

Understanding Nik Aziz's outburst

For those of you in PAS who find TGNA's latest outburst disgusting, please ask yourself this question:

Who feels the most pain when a parent is forced to cane their own son? The parent? or the son?

As a parent ourselves, we know pretty well that each stroke of rotan that strikes our son's buttock feels like a knife cutting through our heart, just like the saying, "Hit on your flesh, pain in my heart." Unfortunately, most of the time, we have to accept the fact that our beloved son will not able to understand that the physical pain that he has to endure is way less than the emotional pain we have to suffer for caning him.

But, as a parent, we have to stay strong and do the right thing for our children even though it is painful for us to do so. Punishing or scolding our own child is always for the better good with a hope that our children will learn from their mistakes and excel in their life even when we are no longer around.

We certainly wish that our children will understand our pains and sacrifices later in life; but we really wouldn't mind if they don't, as long as they are on the right path to have an excellent life in the future.

I believe this is what TGNA as the 'parent of PAS' is feeling at the moment. To him, PAS's current leaders are his children, he wants them to be on right path to achieve what he could not over so many years, for PAS to replace Barisan Nasional as the federal government.

Very likely that TGNA senses that PAS leaders (his children) are not paying attention to what people is grumbling about them on the ground. As he said it himself, "I hate people condemning my party and my president", just like how any parent will feel when they have to listen to teachers complaining away about their children in school.

We, as parents prefer ourselves to be the person punishing our own children rather than seeing our children being punished by others in the society. The same applies to TGNA. In order to wake 'his children' up, TGNA would rather reprimand PAS's leaders himself rather than seeing his party gets a rude awakening by losing the next election terribly.

At his age, I pity him because he was forced to take on the tough role and endures the immense emotional pain as being the bad person; to voice up against his own party top leaders. He knows his children are going to hate him for this outburst, but like what any parent would do, he would rather sacrifice himself for the sake of saving his children's future.

So PAS, are you hurt now? I hope I am not too cruel to say that I hope that the 'pain' is now painful enough for you to finally accept some realities about the bad perception that you are suffering were due to your own doings.

The wrong message of Islam by PAS

A lot of PAS's leaders are actually ustaz. Ustaz is a teacher or someone who supposed to be highly respectable, reputable and reliable in the society. But why PAS has yet to be the most respectable, reputable and reliable party that rakyat Malaysia can count on despite having so many teachers around?

Islam aims at making all individuals peace-loving to the ultimate extent. That is why Muslims are enjoined to greet one another by saying 'Assalam-o-Alaikum' that is, peace be upon you. According to another saying of the Prophet, the best Islam is to greet everyone you come across, whether or not you are acquainted with the person. (Fathul-Bari 1/103).

In order to preserve the peace established by nature, from disruption, two important injunctions have been laid down by Islam. One at the individual level, stresses the exercise of patience, and the other, at the social level, forbids taking the offensive.

With that clear-cut objective of Islam, Islam supposes to be the religion everyone respect and feel comfortable with, because it brings peace, and peace is everyone's utmost priority in life. With so many ustazs in PAS, why hasn't this message being sent out successfully?

Why hasn't people feel comfortable about the message of Islam PAS is trying to send? Was it because PAS has been harping on the wrong issues thus sending the wrong signals about their version of Islam to us?

Did PAS realize that the message of Islam that we are getting from them were mainly about concerts, beers, interest of certain group of people and holier than thou attitude by imposing morale rights on others? Perhaps that was not the intended message PAS is trying to send, but can you blame us for not receiving the right messages?

Discipline your way of thinking, think about the big picture

To some PAS leaders, "banning" seems to be the answer for a certain social disease. Is it really so? Lets take a look at an example below:

Assuming that a lot of students in your school are visiting cyber-cafes after school-hours very often. It is an unhealthy habit because it wastes their time and their parents hard-earned money unnecessarily and with the wrong friends' influence, there's a very high chance they will get involved in smoking, drugs, sex and gambling.

As a teacher, what will you do to curb those social ills?

a. Perhaps you think of writing a letter to the local authorities to close down those cyber-cafes. But, how long do you think the idea of banning those legal cyber-cafes will work? Certainly not very long! By banning those legal cyber-cafes without educating your students, soon your students will still find their way to visit those illegal ones which make things even worse in the end.

b. Or you choose to educate them about their responsibilities as a student and a filial child to their parents -- to let them know that they are hurting their parents' pocket and heart by visiting cyber-cafes?

c. Or perhaps you lead the way to keep your students occupied after school hours to let them realize that there are better things to do rather than visiting cyber-cafes?

It is rather obvious, (b) and (c) is the more effective way for curbing social ills rather than the "banning" method in (a). By adopting (b) and (c), at the end of the day, your students will have more self-discipline and maturity to avoid cyber-cafes because they know they can gain so much more doing other things in their free time.

Banning those cyber-cafes will not stop your students from looking for them. The only way to make them stop looking for cyber-cafes is through education (b) and leading by example (c).

Yes, in the end, most likely those cyber-cafes will still exist but it doesn�t matter anymore as your students are being educated to avoid them anyway. And the best prize is (by God's willing), hopefully those cyber-cafes will cease operating because there are not enough customers to maintain their businesses. Isn't this the best solution to this scenario and the best way to teach your students?

Using the analogy above, instead of asking for beers to be banned in convenient stores, PAS should strive for the day the convenient stores stop selling beers on their own due to poor sales because the people realizes that it is a thing they can live better without. Likewise, instead of banning concerts, PAS should strive for the day, they no longer need to worry about its people getting influenced easily by hedonism culture from the West while watching concert, if that's their real concern about Western artist's concerts.

Yes PAS, I know it is rather hard to change the way you think. To change the way you think after so many years takes a lot of discipline on your mind.

But being discipline is not suppose to be an issue for you, because God has trained you to be discipline since young, on the day you started praying to him. To pray 5 times a day without miss requires the greatest discipline from one's heart. You are well-trained to be the most discipline person, and now you just need to use that discipline to train your thoughts to start looking at the bigger picture ....

There's no denying 'changing the way you think' takes a lot of patience to get it to succeed. But do keep in mind that patience pays in the end according to Islam. The Quran says: Surely the patient will be paid their wages in full without measure. (39:10), which is why Islam repeatedly enjoins Muslims to tread the path of patience.

PAS, once you are able to change the way you think, you will find that instead of focusing those petty things to show your Islamic credentials, you will start to aim for the day where all Malaysians feeling comfortable, peaceful, satisfy and safe under your Islamic leadership and caring governing style. The day where people find every PAS leaders capable of being their model and example for their children to follow. The day where people find PAS as the reliable protector of all Malaysian, the most trustworthy uncorrupted political party to vote for, which is the highest recognition from the rakyat of your Islamic credentials.

When the day comes, do you think we will have any objection when you say beer or concert is bad for us?

Oleh TOHKONG-MOSJID
(Penulis adalah seorang pemuda bukan Muslim yang berayah-angkatkan seorang ustaz)
Baca selanjutnya...

Selasa, Oktober 27, 2009

Tarbiah kanak-kanak dengan lemah-lembut


Sifat rahmat adalah perasaan belas kasihan terhadap sesama makhluk. Rahmat bukan kepada manusia saja bahkan perlu dilaksanakan kepada haiwan dan alam. Sebelum Allah memerintahkan manusia supaya bersifat rahmat, Allah terlebih dulu bersifat rahmat.

Firman Allah yang bermaksud: “Dia menetapkan atas dirinya memberi rahmat.” (Surah Al-An’am, ayat 12)

Allah menegaskan, untuk mendapat rahmat Allah, seseorang itu hendaklah bertakwa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10).

Selepas Allah sendiri bersifat rahmat, Nabi Muhammad SAW menegaskan orang yang tidak merahmati kanak-kanak, bukan daripada golongan kami dan orang yang paling meraikan kanak-kanak ialah Nabi Muhammad SAW.

Daripada Anas Ibnu Malik pernah berkata, aku tidak pernah melihat orang yang paling merahmati kanak-kanak melebihi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga merahmati kanak-kanak dan memerhati keadaan mereka walaupun ketika Nabi sedang menunaikan sembahyang.

Daripada Syaddad Ibnu Al Had, Nabi Muhammad keluar untuk berjumpa dengan kami kerana hendak menunaikan solat Maghrib atau Isyak, Nabi Muhammad ketika itu mendukung cucunda baginda sama ada Hassan atau Husain, Nabi pun ke depan kerana hendak mengimamkan kami, maka Baginda meletakkan cucunda di depan kemudian Baginda bertakbir untuk memulakan sembahyang. Dalam sembahyang, ketika salah satu sujud Rasulullah memanjangkan sujud. Tatkala selesai sembahyang, ada sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau memanjangkan sujud engkau sehingga kami menyangka sudah berlaku sesuatu perkara ke atas engkau, atau kami sangka wahyu turun, maka berkatalah Nabi Muhammad SAW: "Semuanya itu tidak berlaku, akan tetapi sebenarnya cucunda aku bermain di atas belakangku ketika aku sujud, maka aku tidak sampai hati untuk bangun dari sujudku melainkan selepas dia selesai".

Pada kejadian lain, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah, kemudian Nabi turun kerana rahmatnya Baginda kepada kanak-kanak. Daripada Buraidah Ibnu Al Husaib, suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah kepada sahabat Nabi, tiba-tiba cucunda Baginda bernama Hassan dan Husain datang berlari-lari anak, sedang memakai baju panjang warna merah, jatuh bangun jatuh bangun, maka Nabi pun berhentikan khutbah lalu turun dari mimbar mendukung kedua-duanya lalu dinaikkan mereka berdua atas mimbar, kemudian Baginda bersabda benarlah firman Allah yang bermaksud, sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jugalah pahala yang besar. Aku melihat dua orang cucunda aku ini dan aku tidak sabar kalau tidak mendukungnya. Kemudian Baginda menyambung semula khutbah.

Sifat Baginda ini tidak khusus kepada ahli keluarga saja, bahkan boleh dikatakan kepada semua kanak-kanak di Madinah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang menjadi imam dan aku ingin sekali memanjangkan sembahyang, tiba-tiba dalam sembahyang aku mendengar kanak-kanak menangis, lalu aku pun memendekkan sembahyang kerana aku takut ibunya merasa susah.”

Nabi Muhammad SAW juga sentiasa bergurau dengan kanak-kanak. Daripada Jabir Ibnu Samurah: “Suatu hari aku bersembahyang bersama Rasulullah, selepas selesai Baginda keluar melawat ahli keluarga Baginda, aku pun ikut sama. Tiba-tiba datang sekumpulan kanak-kanak mengerumuni baginda, lalu Nabi Muhammad SAW menggosok pipi kanak-kanak itu seorang demi seorang, adapun aku, maka Nabi juga menyapu pipi aku, maka aku dapati tangan Nabi sejuk lembut dan ada bau wangi semacam baru keluar dari botol minyak wangi.”

Jika seseorang tidak mencium kanak-kanak atau tidak merahmati mereka, Nabi menganggap sebagai tanda keras hati yang mesti diperbaiki. Daripada Aisyah, “Datang seorang Arab Badwi berjumpa Nabi Muhammad SAW, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi Muhammad, adakah engkau mencium kanak-kanak? Maka Nabi Muhammad menjawab: Adakah aku mampu menyekat dan menghalang daripada ketentuan Allah yang akan mencabut rahmat daripada hatimu? Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: Tidak akan dicabut rahmat melainkan daripada orang yang ada tanda kecelakaan.”

Khalifah Umar Ibnu Al Khattab ada mengkhabarkan, sesiapa yang tidak merahmati kanak-kanak, tidak layak memegang jawatan mengurus hal ehwal masyarakat dan masalah, kerana mereka yang tidak merahmati kanak-kanak akan memutuskan hukuman berdasarkan keras hati dan kepala batu mereka.

Daripada Abu Uthman An Nahdi ada berkata: “Umar ada memberi jawatan kepada seorang lelaki dari Bani Asad mengurus hal ehwal masyarakat, maka lelaki itu pun datang berjumpa Umar hendak mengambil surat pelantikannya, tiba-tiba datanglah beberapa orang anak Umar lalu Umar pun mencium pipi mereka, lelaki itu bertanya kepada Umar, adakah engkau mencium anak-anak kamu? Maka Umar menjawab: Ya, saya menciumnya, kenapa? Umar menyambung lagi, maka engkau kalau begitu sangat kurang merahmati orang ramai, kanak-kanak pun engkau tidak merahmatinya, kembalikan semula surat pelantikan kamu itu, aku tidak akan memberikan kamu apa-apa jawatan pun selepas ini selama-lamanya.”

Perasaan rahmat dan lemah lembut dalam memberikan tarbiah kepada anak amat diperlukan. Cara mentarbiah anak dengan cara ini lebih selamat, lebih teguh pendirian, lebih berjaya dan lebih memberikan kesan kepada anak kecil daripada mentarbiah dengan cara kasar dan keras.

Hati mereka sudah difitrahkan untuk merasa mesra dan manja sementara cara keras dan kasar adalah cara orang lain yang dijajah masuk ke dalam agama kita. Tarbiah dan pendidikan cara kasar adalah cara asing yang tidak dipersetujui oleh Allah, Nabi Muhammad dan agama Islam yang suci.

Oleh IBNU HASAN
Baca selanjutnya...