KABUL - Seorang rakyat Afghanistan, Lal Mohamed (gambar) tidak menduga dia akan kehilangan hidung dan telinga disebabkan mengundi pada pilihan raya presiden negara itu bulan lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Petani berusia 40 tahun itu menceritakan pengalaman menjadi mangsa pertama dihukum pejuang Taliban kerana enggan memulaukan proses demokrasi itu.
Lebih malang lagi, mangsa itu tidak mendapat rawatan perubatan semasa tiba di sebuah hospital terbesar di Kabul berikutan terdapat ramai pesakit.
Beberapa rakan Lal berkata, dia tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pejabat kerajaan kerana menjadi mangsa Taliban.
Lal ditahan oleh tiga lelaki bersenjata raifal AK-47 ketika mahu pergi mengundi di daerah Dai Kundi.
Lelaki itu memeriksa Lal dan menemui kertas pendaftaran pengundian.
"Mereka menjerit kepada saya dan mula memukul dengan raifal sambil berkata mahu memberi pengajaran," katanya sambil menunjukkan bahagian tulang yang patah di muka.
Keluarganya terpaksa berhutang A$20,000 (RM1,460) daripada peminjam wang untuk membeli ubat dan memulihkan mukanya.
"Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan pinjaman itu," kata Lal.
Dia yang kini dirawat dijanjikan akan menjalani pembedahan plastik di sebuah hospital di sini. - Agensi
Baca selanjutnya...
Isnin, Ogos 31, 2009
Hidung, telinga dipotong akibat mengundi
Lima parah, 17 cedera gerabak Ekspres Sinaran Pagi tergelincir
JOHOR BAHRU - Lima parah dan 17 lagi penumpang cedera apabila enam daripada sembilan gerabak Ekspres Sinaran Pagi yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura tergelincir berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11.45 pagi, enam daripada sembilan gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura dan membawa keseluruhan 243 penumpang itu telah tergelincir.
Empat daripada enam gerabak yang terbalik itu membawa penumpang manakala dua lagi merupakan gerabak kafetaria dan alat penjana kuasa elektrik.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, mereka yang cedera parah adalah lelaki dewasa iaitu dua warga tempatan dan tiga warga Singapura manakala 17 lagi orang dewasa cedera ringan.
Sumber berita: http://www.kosmo.com.my
Baca selanjutnya...
Ahad, Ogos 30, 2009
Piranha ditemui di sungai Britain
LONDON - Seekor ikan piranha ditemui oleh seorang pekerja alam sekitar, Eddie Stevens di sebatang sungai di Devon, Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Stevens berkata: "Pada mulanya kami berpendapat terdapat ikan air tawar yang berada di celah batu dan sampah di bawah tebing sungai.
"Namun, apabila batu dan sampah itu dialihkan, kami tidak dapat mengungkapkan sepatah pun perkataan apabila mendapati ia ialah ikan piranha."
Ikan piranha itu sepanjang 35.56 sentimeter dan ia lebih panjang berbanding spesies sama yang pada puratanya 20.32 sentimeter panjang.
Piranha dianggap sebagai ikan air tawar paling bahaya di dunia kerana ia mempunyai gigi tajam yang boleh memakan haiwan dalam tempoh beberapa minit. - Agensi
Baca selanjutnya...
Kepala Lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem
SHAH ALAM, 31 Ogos: Sempena dengan hari Kemerdekaan negara 31 Ogos hari ini, kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan.
Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.
Bagaimanapun, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, memindahkan kuil Hindu ke kawasan kejiranan mereka.
Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindahan kuil tersebut.
Jumaat lepas, sekumpulan NGO Melayu yang mendakwa mewakili penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke Pejabat SUK Selangor yang menempatkan Pejabat MB, dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah.
Sambil mengarak, mereka menyepak-nyepak kepala lembu itu dan memaki serta megutuk tindakan kerajaan negeri yang memutuskan untuk memindah kuil Hindu di Seksyen 19 ke satu tapak industri di Seksyen 23.
ImageTiga pemimpin kerajaan negeri yang menjadi sasaran mereka iaitu Adun Batu 3 dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan MB, Tan Sri Khalid Ibrahhim.
Kira-kira 10 anggota polis mengawal tindakan mereka namun tidak ada usaha memberhentikannya.
Pada 18 Ogos lalu, akhbar Utusan melaporkan UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen 23 itu.
Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Noh Omar berkata, ini kerana bantahan penduduk terhadap keputusan itu adalah wajar serta mempunyai asas-asas kukuh selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Berikut adalah tinjauan Harakahdaily yang menemui penduduk Seksyen 23 sendiri sehari sebelum Kemerdekaan negara bagi mengetahui apa pandangan mereka mengenainya.
PENDAPAT 1
Shahril bin Lan, jurujual berkata, "Saya waktu berkumpul mula-mula itu, saya ada datang. Tapi, saya tidak setuju. Saya tidak ikut (sertai mereka).
"Rasa-rasanya cara itu memalukan orang-orang di sini. Saya rasa mentaliti mereka (yang terlibat), ini ada agenda-agenda tertentu, cuba memporak-perandakan ketenteraman.
"Kita lebih suka cara diplomasi. Kalau dah berarak (dengan) kepala lembu, itu nak buat apa benda (melainkan) berniat politik parti-parti tertentu lah. Yang menyertai itu (orang tempatan) sebenarnya adalah lima (atau) enam orang je."
Bagaimanapun, jelasnya lagi, penduduk tempatan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, membina kuil di sini.
Antara alasan yang diberikan, majoriti penduduk tempatan di sini, beragama Islam.
"Orang di sini memang tidak suka kuil itu didirikan di sini. Kalau boleh, biarlah (didirikan) jauh sikit dari sini. Sebab di sini majoritinya orang Islam kan."
PENDAPAT 2
Nazri Ismail, Akauntan berpendapat insiden terbabit banyak mengganggu emosi kenalan-kenalannya, yang kebanyakkan berbangsa India dan beragama Hindu.
Beliau sendiri yang awalnya tidak ambil peduli cadangan pembinaan kuil di sini pun, mula prihatin isu tersebut.
"Sebenarnya, macam saya kan di pejabat ramai berbangsa India. Jiran saya yang baru pun berbangsa India. Jadi, untuk menghalang dibuat kuil (untuk) mereka itu tidak wajarlah. Tetapi, disebabkan isu-isu yang dibangkitkan sekarang dan untuk jangka masa panjang mungkin ada konflik lain," katanya.
Berhubung cadangan kerajaan negeri untuk membina kuil di sini, beliau juga mencadangkan agarnya ianya dipindahkan ke tempat lain disebabkan insiden melampau terbabit.
"Pada mulanya, saya sendiri tidak kisah. Tetapi, disebabkan isu (dan) tindakan mereka (pelampau) terbabit, saya rasa lebih baik dipindahkan ke kawasan lain."
PENDAPAT 3
Puan Maslina Binti Asmi atau lebih dikenali khalayak tempat sebagai Ustazah Salmi, Guru Kafa mendakwa insiden terbabit dilakukan demi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Bagi saya semua (perarakan kepala lembu) yang berlaku ini dirancang pihak tertentu yang jelas, seolah-olah nak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (di Selangor)."
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Surau al-Jannah, Seksyen 23 mendakwa di sebalik insiden terbabit adalah pemimpin Umno Shah Alam sendiri.
"Sewaktu ketuanya memulakan bantahan (di Surau), bukan sahaja mengarak (dan) memijak-mijak kepala lembu. Mereka mulanya laungkan kalimah takbir (Allahu Akbar), kemudiannya ditukar pada Take Beer (ambil arak). Itu pun menampakkan mereka cuba nak menjatuhkan (negeri) Pakatan Rakyat, memang Umno lah."
Jelasnya lagi, walaupun isu sebenarnya ialah cadangan membina kuil di sini, tetapi yang kelihatan menonjol adalah aksi menconteng pagar berzink yang menutupi kawasan tapak cadangan itu, dengan cacian terhadap pemimpin kerajaan negeri sendiri.
"Sebabnya, daripada isu kuil. Yang mencontengnya lebih pada pemimpin," katanya.
Pada peringkat awalnya, beliau juga secara peribadi tidak bersetuju kuil terbabit dibina di sini.
"Bila jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil mengutip tanda tangan (sokongan), saya juga menandatanganinya. Tetapi, bila difikirkan balik (semula), jika di situlah yang ditetapkan tempatnya, saya berasa tidak ada masalah."
PENDAPAT 4
Bagi Fauzi Ramli, Jurutera turut mengkritik telahan beberapa media, kononnya demontrasi ekstrem mengarak kepala lembu berdarah dan aksi conteng terbabit merupakan suara sebenar mewakili penduduk tempatan.
"Tengok (menyertai) masa awalnya, saya memang tidak setuju. Mereka melampau. Sebab itu, saya balik (tidak sertai demontrasi tersebut).
"Mula-mula mereka takbir (Allahu Akbar) itu, dengan memakai jubah dan sebagainya. Tapi, saya nampak mereka ini (daripada) muka-muka nampak macam muka (ahli-ahli) Umno, sebab dia pakai songkok, pelik.
"Bila mereka mula memekik 'take beer' (ambil arak), baru saya sedar mereka ini sebenarnya cuba merosakkan imej Pakatan Rakyat, khususnya PAS, seolah-olah menakutkan orang-orang tempatan dengan imej sebegitu melampau.
"Ada di kalangan mereka cakap, mereka adalah ahli PAS seumur hidup, tapi yang menyebut 'take beer', bukannya takbir ini setahu saya pemimpin Umno negeri sahaja," kata Fauzi.
Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa hari sebelum tercetusnya demontrasi ekstrem mengarak kepala lembu berdarah itu, sudah kelihatan beberapa kain rentang mengutuk tokoh agama (Islam) tempatan.
"Ada satu kain rentang di simpang jalan masuk, tertulis nama Rodziah (Adun Batu Tiga/PKR), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam/PAS) dan Ustaz Azrul (Pengerusi Surau Seksyen 23) sebagai pengkhianat bangsa (dan) terdapat (lukisan) babi," beritahu beliau.
Tambahnya lagi, surat layang yang berbaur perkauman (Melayu) ekstrem turut disebarkan secara liar dari rumah ke rumah, khususnya kediaman-kediaman penduduk Melayu dan India.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu pembinaan kuil di sini sudah lama diperkatakan secara khabar angin, bukannya baru sehari dua belakangan ini.
"Kalau tidak salah, ianya diumumkan di surau sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Cikgu Zainuddin."
Katanya, "Cikgu Zainuddin sesudah solat Isyak bangkit mengumumkan bahawa akan ada sebuah kuil didirikan di Seksyen 23 ini. Selepas perbincangan di Surau itu, ada dua (atau) tiga orang menawarkan diri untuk menyiasat. Sampai pertemuan kali kedua pun, perkara itu (siasatan) tidak dapat dipastikan."
"Saya hanya sertai beberapa peringkat sahaja, tidaklah sampai mengarak kepala lembu dan conteng sana sini. Kita (ahli jawatankuasa bertindak) hanya bersetuju (melalui mesyuarat) buat referandum penduduk sahaja, dapat sokongan 320 keluar atau lebih 700 tandatangan penduduk (membantah cadangan bina kuil)."
Beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan jawatankuasa bertindak secara asasnya tidak bersetuju dengan cadangan membina kuil di kawasan mereka, namun beliau menafikan bahawa penduduk tempatan sendiri merancang beberapa aksi melampau tersebut.
"Kami tak anjur perhimpunan sebegitu (ekstrem). Tapi, dari klip video Malaysiakini, yang memijak (kepala lembu itu) Ibrahim Sabri, Mahyuddin Manaf (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak) dan Haji Azmi."
PENDAPAT 5
Rohaya Samad, suri rumah mendakwa bahawa hanya lima orang sahaja dikenali sebagai penduduk tempatan, berdasarkan klip Youtube akhbar elektronik Malaysiakini.
"Akak (Rohaya) sudah tengok video Malaysiakini. Seingat akak, lima orang sahaja penduduk tempatan. Selebihnya tidak (dan) akak tidak kenal."
Jelasnya lagi, jawatankuasa bertindak beberapa kali menghantar sistem pesanan ringkas (sms) kepadanya sebelum ini untuk usaha tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberikan komitmen disebabkan ada komitmen peribadi.
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa penduduk tempatan menjelaskan bahawa aksi bantahan dengan menaikkan kain rentang 'Khalid, Rodziah dan Ustaz Azrul pengkhianat Melayu' di pintu masuk Seksyen 23 itu mula disedarinya pada 18 Ogos lalu.
Tambahnya lagi, semalam beliau mendapat sms meminta dirinya membuat laporan polis berhubung usaha penduduk tempatan Hindu mula mencabar penganut Islam, tetapi beliau tidak percaya sms tersebut.
"Dalam sms itu, minta akak pergi buat laporan Polis. (Penganut) Hindu sudah membuat 98 laporan polis (seolah-olah) mencabar umat Islam. Akak tidak percaya. Jiran akak pun India (penganut Hindu), tapi tidaklah seperti yang digambarkan. Akak rasa itu kerja Umno untuk memburukkan orang-orang PAS," katanya.
"Akhbar Umno kata (kepala) lembu berdarah itu bermaksud pemimpin Melayu Pakatan (Rakyat) umpama 'lembu dicucuk hidung', tetapi penganut Hindu anggap suatu penghinaan kepada agama mereka kerana lembu binatang suci (menurut) agama mereka," kata puan Rohaya memberikan pendapatnya.
Beliau turut mempersoal penafian yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Haji Mahyuddin Manaf bahawa dirinya sendiri tidak tahu dari mana datangnya kepala lembu misteri itu.
"Macam mana Tuan Haji Mahyuddin boleh kata tidak tahu, sedangkan dia sendiri memijak-mijak dan tendang kepala lembu itu sebelum ini. Kalau dia tidak tahu, sudah tentu dia halang (aksi ekstrem tersebut)."
PENDAPAT 6
Mohd Azrin Azahari, penuntut sebuah universiti di Timur Tengah (sedang bercuti) mendakwa hampir seratus peratus penduduk Islam membantah cadangan pembinaan kuil, tetapi mereka diingatkan agar tidak mencemuh penganut agama-agama lain.
"Kiraan saya, hampir seratus peratus bantah kuil dibina, tapi penduduk sudah diingatkan untuk berdiplomasi (dan) tidak hina penganut agama Hindu di surau dulu," katanya.
Beliau yang mengikuti setiap siri perbincangan peringkat jawatankuasa surau menegaskan bahawa demontrasi melampau mengarak kepala lembu berdarah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.
PENDAPAT 7
Seorang penganut agama Hindu, penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui melahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku.
"Saya tidak sangka mereka boleh buat begini (ekstrem). Setiap kali keluar (dari rumah ke tempat) kerja, saya terpaksa lihat semua conteng-conteng hina YB Khalid, Rodziah di dinding.
"Bagaimana mereka boleh hina orang baik ini. Kami (penganut Hindu) tidak pernah minta kuil itu dibina di sini. YB Khalid yang cadangkan ianya dipindah di sini kerana hormat penganut agama lain di sini dan Seksyen 19. Ini Islam sebenar, ini (pemimpin) Melayu sebenar."
Celah isteri ahli perniagaan India itu yang enggan identitinya diketahui kerana takut diganggu kerana ramai kenalannya berbangsa Melayu, menyifatkan perarakan mengangkat kepala lembu berdarah itu suatu yang mengguris emosi penganut agama Hindu.
Bagaimanapun, beliau yakin aksi ekstrem itu bukan mewakili penduduk setempat, tetapi ahli politik tententu dalam Umno.
PENDAPAT 8
Seorang lagi penganut agama Hindu/kakitangan kerajaan yang enggan identitinya diketahui menjelaskan bahawa bukan mudah bagi penganut agama Hindu untuk mengubah kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 itu ke sini.
"Sepatutnya orang Islam boleh menghargai pengorbanan itu," katanya. Kuil di Seksyen 19 terlalu dekat dengan masjid di sana.
"Lagi pun tapak kuil baru itu sangat jauh dari Surau Seksyen 23 dan kediaman penduduk. Ada pihak kata kuil itu dekat dengan taman permainan di sini, cuba lihat hal sebenar baru tahu ia (tapak kuil) itu cukup jauh," katanya.
"Di Seksyen 16, ada surau lebih dekat dengan kuil. Tiada apa-apa masalah. Orang Islam dan Hindu boleh hormat sama-sama mereka. Di sini, orang politik Umno sebenarnya buat kacau," tambah beliau.
Mewakili lebih 100 keluarga minoriti India tempatan, beliau mendakwa penganut Hindu cukup menghormati Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menunjukkan amalan Islam yang sebenar dalam politiknya.
Beliau berharap pemimpin-pemimpin Melayu yang didakwanya ahli Umno agar rasional, tidak mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.
TINJAUAN SETEMPAT
Tinjauan yang dibuat di seeluruh kawasan Seksyen 23 menyaksikan sudah ada sejumlah besar Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan di Dewan Serbaguna, di sini sejak dua hari lalu.
Kelihatan juga surat layang berunsur perkauman (Melayu) ekstream bertebaran di atas jalan serta di Surau al-Jannah, Seksyen 23.
Sekitar tapak cadangan membina kuil, kelihatan beberapa individu berpakaian biasa berjaga; dipercayai Special Branch.
Seorang pegawai PGA yang enggan nombor badannya diketahui, menjelaskan bahawa sejak kelmarin beberapa Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) datang memadamkan contengan-contengan yang berbaur perkauman sempit itu dengan cat ringkas.
Semalam, dua pemuda 'misteri' berbangsa Melayu turut ditangkap di sini kerana cuba menconteng sesuatu di ruang berbekas cat tersebut, kemudiannya dilepaskan dengan amaran.
Seorang pemuda yang lain waktu ditemui, mendakwa bahawa Cikgu Zainuddin merupakan antara dalang yang merancang insiden ekstrem terbabit.
Jelasnya, Cikgu Zainuddin bukan sahaja prejudis dengan bangsa-bangsa lain, malah sedang bertungkus-lumus merampas tampuk kepimpinan Surau al-Jannah Seksyen 23 itu; yang kemudiannya dikatakan akan diubah suai menggunakan dana Zakat Selangor.
Jelasnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjemput seluruh penduduk tempatan dan wartawan sendiri menyertai dailog harmoni bersamanya pada Sabtu, 5 September di Dewan Banquet MBSA.
Zainuddin cuba dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut pagi tadi, namun gagal.
Insiden ekstrem terbabit walaupun mencabar kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, namun media arus perdana tidak memberikan liputan menyeluruh.
Dikatakan insiden itu mampu menghakis kepercayaan rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan persekutuan dalam memperkenalkan '1Malaysia' serta meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-54, hari ini.
Sumber berita: http://www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...
Arak Ibu Segala Maksiat
1. الخمر أم الخبائث Khamar [arak] itu adalah ibu segala kejahatan
Riwayat At tabarani
Beza antara manusia dengan binatang ialah aqal . Kerana aqal manusia ditaklifkan dengan tanggungjawab pengabdian diri kepada Allah swt . Aqal jua meletakkan manusia waras bertindak dan merencana . Justeru itu , demi meletakkan manusia dalam kewarasan maka Islam mengharamkan arak dan segala perkara yang memabukkan.
2. Pengharaman arak adalah bersifat ijma' dan qatei . Sabit dalil dari nas al quran [surah al Maaidah : Ayat 90 - 91] sementara nas daripada hadis Nabi saw , antaranya ialah:
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya adalah haram.
Riwayat Ahmad , Abu Dawud , At Tarmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله
Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga: iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya.
Riwayat Ahmad, al Haakim dan al Baihaqi
لعن النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة عاصرها و معتصرها و شاربها و حاملها
و المحمولة إليه وساقيها و بائعها و أكل ثمنها و المشترى لها و المشترى له
di riwayatkan dari Anas rha bahawa rasulullah saw bersabda: [dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt: pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayar dan pemesannya].
Riwayat Ibnu Majah dan at Tarmizi
3. Hukuman atas pesalah arak
Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak, cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan.
4. Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali. Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [Ali r.a] berkata:
جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي
Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali, semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [40 kali rotan].
Riwayat Imam Muslim
Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Malik, al Laith, ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas r.a.
Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak, maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [selipar] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak, maka beliau berbuat seperti itu juga. Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar, lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini. Ibn Auf [Abdur Rahman] berkata: sekurang-kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan, maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan.
Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan At tarmizi
5. Alat untuk Merotan
Tidak sabit dalam dari Rasulullah saw bahawa baginda menetapkan alat-alat tertentu untuk memukul peminum Arak. Kadang-kadang baginda memukul dengan selipar, kadang-kadang dengan pelepah tamar, kadang-kadang dengan rotan dan pelepah tamar, kadang-kadang dengan tangan dan selipar seperti di riwayat berikut.
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جلد في الخمر بالجريد و النعال و جلد أبو بكر أربعين
Bahawa rasulullah saw memukul dalam hukuman meminum Arak dengan pelepah tamar dan selipar dan Abu Bakar memukul 40 pukulan.
Muttafaqun Alaih
Abu Said berkata: Pada zaman rasulullah saw, hukuman meminum arak dipukul 40 kali dengan dua selipar maka pada zaman Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap-tiap satu selipar.
Riwayat: Ahmad
6. Tindakan merotan sekuat-kuat dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam.
7. Justeru itu ada 2 perkara yang perlu dilihat semula, pertama berkait dengan jumlah sebatan dan kedua ialah cara sebatan.
8. Walaupun Islam meletakkan meletakkan jumlah yang besar iaitu 40 hingga 80, ia tidaklah membawa kecederaan sebagaimana hanya 6 sebatan mengikut undang-undang manusia di mahkamah sivil.
9. Saya dapat satu info dari sahabat dengan membawa satu frasa yang menarik:
Islam kata, orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran. Sementara saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak.
Dr Marina Chuhrova [saintis Rusia] menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka kaedah ini tetapi apabila mereka merasai kebaikannya, mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini [rotan]. Malah mereka sanggup pula membayar sekitar RM 400 untuk satu sessi rawatan.
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Baca selanjutnya...
H1N1 ragut korban ke-72
Influenza A(H1N1) di negara ini meragut satu lagi korban, menjadi keseluruhan kematian akibat wabak tersebut meningkat kepada 72 orang.
Korban terbaru itu adalah seorang lelaki berumur 49 tahun dan bermasalah kesihatan hepar (hati).
Dia dimasukkan ke Hospital Melaka pada 13 Ogos kerana demam dan batuk selesema selama dua hari serta muntah.
Lelaki itu meninggal dunia pada 19 Ogos disebabkan oleh H1N1 dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).
Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, sehingga jam 9 pagi ini, seramai 202 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Manakala 285 kes telah dibenarkan pulang. Ini menjadikan baki 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 hospital termasuk lima di hospital swasta.
Daripada jumlah ini, katanya, hanya 280 pesakit (19%) yang disahkan positif H1N1.
Daripada kes yang disahkan H1N1, 44 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana lima kes merupakan kemasukan baru, sementara tujuh lagi kes keluar dari ICU.
Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (82%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah penyakit kronik (3), obesiti (12), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (4) asma (3) dan immuniti rendah (2).
Memandangkan sesi persekolahan akan bermula, beliau meminta ibu bapa supaya memastikan hanya menghantar anak mereka yang sihat sahaja ke sekolah.
"Manakala bagi anak-anak yang mengalami gejala demam atau batuk, dinasihatkan terus berehat di rumah sehingga benar-benar sembuh dan tiada lagi menunjukkan sebarang simptom.
"Ini kerana anak-anak yang ada simptom masih berisiko untuk menularkan virus tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain," tegasnya.
Sumber berita: http://www.malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
Misteri objek tajam
SETELAH tiga bulan sakit tanpa mengetahui puncanya, seorang wanita di Indonesia, Cicin Listi Vitasari yang berumur 30 tahun akhirnya diberitahu oleh doktor bahawa perutnya mengandungi pisau lipat, dawai, besi kokot dan penyepit rambut.
Namun, apa yang menjadi lebih aneh ialah wanita yang berasal dari Desa Demung, Besuki, Situbondo, Jawa Timur itu menyatakan dia tidak pernah makan benda-benda tersebut.
Bapanya, HM Suwalis turut hairan dan dia seolah-olah tidak percaya apabila melihat imej ujian X-ray yang menunjukkan perut anaknya mengandungi objek-objek itu.
Menurut sebuah akhbar semalam, Cicin dimasukkan ke Hospital Situbondo sejak Selasa lalu.
Buat masa ini, wanita itu masih menahan sakit kerana doktor tidak melakukan pembedahan dengan alasan dirinya berada dalam keadaan lemah.
"Saya terkejut dan tidak percaya ketika mengetahui penyakit Cicin seperti ini. Ada banyak benda logam di dalam perutnya," kata Suwalis.
Bapanya itu menyatakan kemunkinan penyakit itu boleh diubati dengan menggunakan kaedah rawatan perubatan alternatif.
"Dari manakah objek-objek itu datang sedangkan anak saya tidak mungkin akan memakannya," jelas Suwalis.
Cicin enggan diwawancara kerana mulutnya berasa sakit untuk bercakap.
Wanita itu turut mengadu mengalami masalah pernafasan menyebabkan dia terpaksa bernafas dengan bantuan tiub oksigen.
Doktor pakar yang merawat Cicin, Dr. H. Setijohadi mengaku berasa aneh apabila merawat penyakit yang dihidapi oleh wanita itu selepas melakukan pemeriksaan pertama pada 16 Mei lalu.
Menurutnya, semasa melakukan pemeriksaan buat kali pertama itu, dia menemui besi kokot, pisau lipat dan penyepit rambut.
"Ketika saya melakukan pemeriksaan kali kedua pada Khamis lalu, benda-benda pelik itu sudah tidak dapat dikesan lagi tetapi pesakit masih mengadu berasa sakit di perut," katanya.
Dia mengaku ia merupakan kes pertama yang pernah ditemuinya.
Sementara itu, seorang pegawai perubatan di Hospital Dr. Soetomo, Dr. Urip Murtedjo berkata, pihaknya bersedia untuk membantu Cicin.
Bagaimanapun katanya, Cicin perlu dihantar ke hospital itu untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum keputusan dibuat sama ada pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan objek tersebut. - Agensi
Baca selanjutnya...
Jumaat, Ogos 28, 2009
Rumah kediaman termahal didunia, USD$2 Billion
Jika individu yang terkaya didunia, Warren Buffett memilih untuk hidup secara sederhana dengan tinggal dikediamannya yang bernilai USD$30,000 dibeli sekitar 50-an, terdapat dikalangan mereka memilih untuk sesuatu yang ekstrim.
Mukesh Ambani, individu ke-5 terkaya didunia pada 2008 selepas Buffett, Carlos Slim Helu, Bill Gates dan Lakshmi Mittal kini telah mendiami sebuah kediaman yang paling besar dan paling mahal didunia di Mumbai, India.
Kediaman setinggi 27 tingkat ini disiapkan sekitar Januari yang lalu menelan kos sekitar USD$2 Billion. Ia melibatkan ruang dalaman yang berkeluasan 400,000 kaki persegi iaitu hampir 100 kali ganda purata keluasan sebuah banglo mewah.
Diberi nama Antillia, kediaman tinggi ini dilengkapi dengan kemudahan yang paling mewah termasuk 6 tingkat tempat letak kereta, 4 tingkat taman, 9 lif, ruang ballroom kristal, pusat kesihatan, ruang ais dan ruang berhibur.
Gandingan Arkitek dan jurutera yang terlibat dalam merekabentuk dan membina kediaman ini adalah gandingan sama yang terlibat disebalik pembinaan rangkaian Mandarin Oriental Hotel diseluruh dunia.
Mukesh adalah pemilik syarikat korporat terbesar di India, Reliance Industries yang diasaskan oleh mendiang bapanya, Dhirubhai Ambani 40 tahun yang lalu. Reliance memiliki kepentingan yang besar dalam industri minyak, petrokimia dan pelbagai cabang operasi lain. Forbes menganggarkan Mukesh memiliki kekayaan sekitar USD$40 billion.
Sebelum daripada ini, rumah kediaman termahal didunia dimiliki oleh Roman Abramovich yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea yang terletak di Perancis. Abramovich membeli kediaman tersebut dengan nilai USD$500 juta kira-kira setahun yang lalu, 4 kali lebih rendah daripada nilai kediaman Mukesh.
Baca selanjutnya...
RON95 vs RON97
Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?
DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.
Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).
Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
SETIAP pengeluar petrol memiliki dan membangunkan bahan api menggunakan teknologi tersendiri.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.
Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.
Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.
Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.
Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan membaca berita online?
IRWAN ASRI MOHD NOR
Baca selanjutnya...
Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru
KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!
Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.
Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu berbuka.
"Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya cukup menyeronokkan!"
Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang disunnah oleh Rasullulah s.a.w.
"Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC. Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch," katanya sambil tersenyum lebar kepada kami.
Itu perasaan yang diluahkan Azman kepada Harakahdaily yang diberi peluang Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu, lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.
Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya yang juga merupakan saudara baru.Sahabatnya itu, turut menghadiahkan al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami agama Allah itu.
"Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang baik,"jelasnya dengan tenang.
Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali sebagai Johan dan Abdul Rahim.
Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama.
Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari Harakahdaily.
Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima.
"Lambat laun, saya akan beritahu juga...cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak saya marah..."katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya.
Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang punya 'banyak alasan' untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab ringkas tetapi tajam.
"Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu bulan puasa.
"Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita."
Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah Tresa, 38 yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. .
Sambil matanya mula berkaca, hampir tumpah air mata, Siti menceritakan detik-detik awal mula menyintai dan menaruh minat kepada agama Islam.
"Saya bekerja kilang dan tinggal di asrama di Johor. Ketika itu saya begitu tertarik melihat kawan sebilik yang sentiasa mengerjakan sembahyang.
"Tiap kali waktu azan, dia akan terus bersiap-siap untuk sembahyang. Saya tengok dia sembahyang, buat hati saya cukup tenang dan saya jadi minat sangat untuk tahu agama kawan saya itu,"kata Siti.
Katanya kerana terlalu minat, adakala bila di kampung, dia akan sembahyang sendiri-sendiri meniru gerak gaya kawannya itu.
Namun, setelah masuk agama Islam, cabaran hebat diterima apabila ditentang hebat oleh kaum keluarga yang masih menganut Kristian. Selama hampir enam tahun, dia melalui tekanan dan asakan hebat.
Tetapi selama itu jugalah, dia tabahkan hati dan tidak terputus hubungan dengan kaum keluarga malah secara rutin, setiap sebulan sekali akan pulang ke kampungnya di Kg Layang-Layang, Johor.
"Selama enam tahun, biar apa pun keluarga buat dan beri tekanan, saya cekalkan hati balik juga bertemu mereka sebulan sekali...
"Alhamdulillah, kini mereka sudah boleh menerima saya dan hubungan masih baik seperti sediakala. Syukur kepada tuhan," katanya cuba menahan sebak
Kini Siti yang mempunyai dua cahaya mata bahagia bersama suami dikasihi, Khaidir Maidin dan merindui sahabatnya Zainab yang rajin solat itu, yang kini sudah terputus hubungan sejak sekian lamanya.
Siti memberitahu, pengalaman berpuasa bukanlah sesuatu yang asing dan menjalani seperti biasa sama seperti umat Islam yang lain.
Beliau juga menolak tanggapan bahawa saudara baru sepertinya, sering diabaikan kebajikan dan disisihkan daripada masyarakat Islam.
"Saya sentiasa rasa diperlukan. Tak pernah saudara seagama menyisih saya malah merekalah yang banyak membantu tatkala saya menghadapi kesulitan.
Sebelum mengakhiri perbualan, Siti sempat menyuntik semangat kepada rakan-rakan saudara baru baik yang sudah lama atau yang masih baru memeluk agama Islam agar terus istiqamah bersama agama tercinta ini.
"Walau apa pun berlaku, teruslah bersama agama Islam. Percayalah, setiap kesusahan yang dihadapi, ada jalan penyelesaian yang diberikan oleh Allah...percayalah, saya juga pernah melaluinya...,"tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Harakahdaily.
Turut mencuri perhatian ialah seorang saudara baru yang berasal daripada Afnka yng dikenali sebagai Hilal Abdullah, bakal melanjutkan pelajaran di Kanada dalam masa terdekat.
Cuma kisah pilu Hilal yang berasal dari satu kawasan bernama Brundi,ialah kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh kerana berhasrat memeluk agama Islam.
Sebenarnya insan-insan bertuah ini antara 11 orang saudara baru yang kami temui di Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, petang semalam.
Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah JIM yang ditubuhkan sejak 2005, berperanan sebagai pusat sokongan kepada saudara baru membawa tema hidayah yang menarik perhatian iaitu "Saudara baru, Saudara Kita"
Objektif penubuhannya adalah untuk memberi penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat.
Semalam, Hidayah Centre mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Buka Puasa yang dihadiri saudara-saudara baru yang kelihatan begitu ceria tetapi malu-malu dan tersipu bilamana lensa kamera menyorot wajah bercahaya mereka.
Sebelum sidang media dimulakan oleh jurucakap Hidayah Centre,Joannes Lukas yang juga seorang saudara baru, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada saudara-saudara baru yang hadir.
Ketika ditanya tentang aduan, masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh saudara baru, Joannes menjelaskan ianya terbahagi kepada beberapa perkara antara yang utama ialah ancaman daripada keluarga dan ketiadaan pekerjaan.
"Bila ada ancaman, maka kita berusaha sediakan penempatan dan penginapan sementara kepada mereka.
"Bagi yang tiada pekerjaan kerana terpaksa berpindah atau disishkan, kita mempunyai jaringan dengan NGO Islam dan syarikat yang bersedia memberi peluang pekerjaan bagi saudara baru ini,"katanya.
Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 cawangan di sembilan buah negeri manakala sejumlah 432 saudara baru yang berdaftar dengan pusat ini.
Bagi meneruskan pengoperasian dan untuk memberi bantuan kepada saudara-saudara baru, Hidayah Care akan menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa pada 12 September ini, di Putrajaya.
Menurut Pengarah Program Nasiruddin Tahir majlis itu bertujuan bagi mengutip dana melalui tajaan meja makan ataupun sumbangan syarikat, kumpulan atau individu yang berasa terpanggil untuk membantu saudara baru.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Joannes Lukas atau Rosmawati Zainal di 03-41053159 atau 03-41089669.
Moga sudi membantu dan meringankan beban saudara baru yang juga saudara kita.
Baca selanjutnya...
Mutiara Kata Imam Al-Ghazali
IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”
Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”
Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”
Baca selanjutnya...
Muhasabah diri dalam kepimpinan
KEPIMPINAN dan pentadbiran adalah amanah Allah yang paling berat untuk dipikul. Setiap tindakan para pemimpin dan pentadbir akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.Kejayaan kepimpinan mereka akan memberi kesan paling baik dalam struktur sosial, ekonomi dan politik.
Kegagalan pula boleh menyebabkan umat Islam menghadapi krisis kemiskinan, pergolakan politik dan kekacauan dalam negara. Tetapi inilah fenomena yang wujud dalam dunia Islam masa kini.
Berdasarkan suasana ini, para pemimpin dan pentadbir di negara-negara Islam amat perlu bermuhasabah dan memikirkan kelemahan serta kesilapan mereka dalam urusan pentadbiran dan kepimpinan.
Faktor-faktor yang menyebabkan kepincangan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran negara perlu dianalisis secara teliti dan ikhlas supaya kesilapan yang sama tidak berulang. Antaranya ialah:
Pertama, sesetengah pemimpin utama kurang teliti sewaktu melantik barisan orang kanan untuk membantunya memimpin negara.
Pelantikan sebegini boleh melemahkan sistem pemerintahan. Keadaan itu jika berterusan akan menimbulkan kemarahan rakyat dan menyebabkan kerajaan goyang dan akhirnya runtuh.
Kedua, sikap pucuk pimpinan yang mempertahankan orang-orang di sekelilingnya walaupun mereka ternyata telah melakukan kesalahan.
Sikap ini bukan sahaja bertentangan dengan perspektif Islam tetapi bakal menjurus kepada kehancuran kerajaan.
Dalam sistem kepimpinan Islam, keadilan dan kejujuran merupakan asas utama bagi pelantikan pemimpin dan pentadbir. Negara bukan milik individu atau kelompok tertentu yang boleh bebas bertindak sesuka hati tetapi hak keseluruhan rakyat.
Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda tidak pernah menunjukkan sikap tolak ansur terhadap mana-mana pemimpin dan pentadbir di bawah mereka yang tidak amanah melaksanakan tugas.
Para pemimpin, baik di peringkat mana pun, perlu sedar mereka sentiasa menjadi perhatian rakyat. Mereka akan diadili di dunia dan begitu juga ketika menghadap Allah di akhirat kelak.
Faktor ketiga yang menyebabkan banyak negara Islam ketika ini menjadi lemah dan tidak stabil ialah sikap pucuk pimpinan yang mengenepikan kepentingan rakyat. Pemimpin sebegini biasanya tidak telus dan tidak ikhlas melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembangunan negara.
Faktor keempat yang menyebabkan kemarahan rakyat ialah pemimpin yang enggan menerima kritikan. Sikap angkuh dan bongkak itu akhirnya akan memakan diri.
Apabila kebencian terhadap pemimpin tersebut tidak dapat dibendong maka masyarakat menunding jari kepada pucuk pimpinan negara dan menunjukkan sikap penentangan terhadapnya. Suasana begini merupakan lumrah dalam dunia Islam masa kini.
Berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut, para pemimpin seharusnya sentiasa bermuhasabah. Mereka perlu sentiasa memandang ke belakang dan menilai semula kepimpinan mereka.
DR. SAODAH ABD. RAHMAN
Pensyarah Kanan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Baca selanjutnya...
90,000 solat di Masjid Al-Aqsa
BAITULMAQDIS - Kira-kira 90,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini untuk solat Jumaat yang pertama pada bulan Ramadan.
Polis Israel melaporkan tiada sebarang insiden besar berlaku selepas penduduk lelaki Palestin berusia 50 tahun ke atas manakala wanita yang berumur lebih 45 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid itu.
Sebelum ini, penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Genting Gaza dilarang memasuki Baitulmaqdis yang ditakluk rejim Zionis selepas Perang Enam Hari pada 1967.
Di pos pemeriksaan Qalandia iaitu pintu masuk ke Baitulmaqdis, orang ramai berbaris panjang sejak awal pagi untuk bersolat di masjid itu.- AFP
Baca selanjutnya...
Harga bawang melambung RM6 per kg
Terkejut dengan harga bawang putih yang dijual dengan harga RM6 sekilo?
Itulah yang berlaku di beberapa daerah di Kedah apabila harga bawang itu secara tiba-tiba melambung tinggi.
Tinjauan Bernama di daerah Baling dan Sik mendapati bawang putih dijual dengan harga RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM2 harga asalnya.
Pemborong di pekan Baling, Abdul Razak Abdullah, 38, berkata pembekal telah menaikkan harga bawang putih kepada RM24 bagi beg 6kg.
"Sebelum ini kami membelinya dengan harga RM6 dalam beg 6kg itu dan kami pun terpaksalah menjual dengan harga yang mahal," katanya kepada Bernama.
Pembekal cuma memberikan alasan harga bawang putih telah naik katanya yang juga merupakan pembekal bawang putih kepada peniaga pasar malam di daerah Baling.
Seorang penjual bawang di Sik, Abdul Ghutus Mohd Bukhari berkata kenaikan harga bawang putih itu mungkin berpunca akibat permintaan yang tinggi ekoran ia dipercayai dapat mengelak jangkitan influenza A (H1N1).
"Saya yakin pembekal bawang putih mengambil kesempatan menaikkan harga bawang putih sejak akhir-akhir ini berikutan ramai orang memakannya bagi mengelak jangkitan selesema H1N1," katanya.
Sementara itu Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) Datuk Yusuff Ismail berkata pihaknya masih belum menerima aduan rasmi pengguna mengenai kenaikan harga bawang putih itu.
"Kenaikan harga sehingga mencecah RM6 bagi sekilogram adalah sangat tidak patut dan dilihat sebagai menekan pengguna," katanya ketika dihubungi di Baling.
Cake akan merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menyelesaikan perkara itu, katanya.- BERNAMA
Baca selanjutnya...
Arak kepala lembu bantah pindah kuil
Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.
Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.
Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.
Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.
Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".
"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.
Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.
Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.
"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.
"Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."
Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur.
"Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya.
Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.
"Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya.
Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.
Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.
Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.
Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.
Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.
Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23.
Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah "Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa", "bantahan kuil" serta "jangan main gila" dan perkataan hijau pula "jangan main api".
Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.
"Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng," katanya.
Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno.
"Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya.
"Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian.
"Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka."
Sumber berita: http://www.malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
Mangsa bah Baling, Btg Kali berpindah
Beberapa buah kampung dan taman perumahan di Batang Kali, Hulu Selangor dilanda banjir kilat menyebabkan beberapa keluarga
terpaksa berpindah ke rumah saudara-mara apabila rumah mereka dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.
"Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan air naik kira-kira 0.5 meter sekitar 8.20 malam ini. Air lambat surut berikutan hujan yang berterusan sehingga pukul 10.30 malam.
"Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Norel Azmi berkata 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan.
Sementara itu, ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim berkata pusat pemindahan sementara disediakan di Dewan Datuk Abdul
Hamid namun semua mangsa banjir membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sanak saudara mereka.
Mohd Isa yang meninjau keadaan banjir itu menasihati penduduk supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuat tinjauan ke kawasan itu dan bersedia menghulurkan bantuan segera untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, lebih 50 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini naiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir daerah berkata antara kampung yang dilanda banjir ialah Kampung Tepi Sungai, Kampung Bendang Sera Baling, Kampung Cicar Kupang, Kampung Ketemba Masjid Kuala Pegang, Kampung Gua Reban, Pekan Kupang, Kampung Raja, Kampung Landak Paya dan Kampung Kuala Balut.
Katanya, kebanyakan mangsa banjir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Baling dan ada yang menumpang di rumah saudara mara mereka.
Beliau berkata, pihaknya masih memantau keadaan banjir dan setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
Sementara itu di Langkawi, sebanyak 356 mangsa dari 77 keluarga masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang sejak semalam berikutan banjir kilat akibat hujan lebat.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Langkawi, Che Ahmad Che Noor berkata, mereka dari enam kampung di Mukim Kedawang iaitu Kampung Gelam, Kampung Temoyong, Kampung Belak, Kampung Chandek Kura, Kampung Tanjung dan Kampung Berjaya.- BERNAMA
Baca selanjutnya...
Al- Kisah Di Pasaraya Billion Kelantan
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”
Sekian, Wallahu ‘Alam.
Sumber: http://www.detikdaily.net
Baca selanjutnya...
Beruang terperangkap dalam taman rekreasi
COLORADO – Seekor beruang yang terperangkap dalam sebuah taman papan selaju tinggal terpaksa diselamatkan menggunakan tangga setelah seharian terbiar di situ.
Stesen televisyen KUSA-TV kelmarin melaporkan, beruang itu ditemui pagi Selasa lalu di bandar peranginan Snowmass di negeri Colorado.
Para pegawai berkata, beruang itu dipercayai terjatuh pada bahagian konkrit curam.
Petugas Jabatan Rekreasi dan Taman yang dimaklumkan mengenai kejadian itu telah menurunkan tangga panjang bagi membolehkan beruang itu memanjat dan akhirnya berjaya keluar serta terus beredar.
Pihak berkuasa meminta penduduk tidak meninggalkan makanan atau sampah di luar rumah yang dapat menarik kedatangan beruang. – AP
Baca selanjutnya...
Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?
SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.
Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.
Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.
Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.
Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.
Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.
Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock.
Sumber berita: http://www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...
Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.
Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.
Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.
Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.
Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.
Sumber berita: http://www.harakahdaily.net
Baca selanjutnya...
Khamis, Ogos 27, 2009
Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM
Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.
"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.
Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.
"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.
"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.
"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.
Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.
PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.
Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).
Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.
Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.
"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.
Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."
Sumber berita: http://www.malaysiakini.com
Baca selanjutnya...
Cengkerang ganti tulang manusia?
Cengkerang kerang kini bukan lagi bahan terbuang malah ia boleh dimanfaatkan sebagai bahan pengganti tulang.
Ia dibuktikan oleh Jabatan Sains Praklinikal Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berjaya menghasilkan bahan pengganti tulang daripada cengkerang kerang iaitu perencah bioseramik 3-D berliang yang pertama seumpamanya di dunia.
Ketua jabatan itu Profesor Madya Dr Md Zuki Abu Bakar berkata produk itu berfungsi untuk mengganti dan membaikpulih kecacatan tulang haiwan dan manusia akibat kemalangan atau penyakit seperti kanser serta boleh diaplikasikan dalam pembedahan kosmetik.
"Ia tidak toksik, boleh mereput semula jadi (biodegradable) dan boleh diacu dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut keperluan pesakit," katanya dalam sidang media di Serdang hari ini.
Beliau berkata kajian yang dijalankan sejak 2007 itu menggunakan cengkerang kerang sebagai bahan utama di samping bahan-bahan lain seperti gelatin dan air.
Dr Md Zuki menerangkan bahawa formula itu perlu disemai dan dieram dengan sel osteoblas yang didapati daripada sum sum tulang pesakit dan dicambah dalam makmal kultur tisu, sebelum ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaikpulih.
"Berdasarkan eksperimen yang dijalankan terhadap tulang arnab, perencah ini berupaya membentuk tulang dengan cepat iaitu dalam masa tiga minggu sahaja.
"Ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana berbanding kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini dengan menggunakan bahan lain, seperti batu karang, masa yang diambil ialah dua hingga empat bulan," katanya.
Dr Md Zuki turut yakin bahawa perencah tersebut berpotensi untuk dipasarkan dalam industri perubatan kerana ia menggunakan bahan yang murah iaitu cengkerang kerang.
"Mengikut kajian kami, bagi rawatan tulang berukuran lima hingga enam sentimeter, harga bahan hanya RM 40 hingga RM 60 sahaja tidak termasuk kos pembedahan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata produk itu perlu menjalani ujian pra-klinikal iaitu diuji terhadap manusia.
"Kita masih belum dapat jalankan ujian klinikal kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi, jadi saya berharap ada pihak industri yang berminat untuk melabur dalam kajian ini," katanya.
Dr Md Zuki berkata produk itu telah dipatenkan di Malaysia dan kini dalam proses mendapatkan paten di peringkat antarabangsa.-BERNAMA
Baca selanjutnya...
Rabu, Ogos 26, 2009
Siri 1 Tokoh Ulama silam: Tok Kenali (1870-1933)
Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.
Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad.
Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H – 1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja).
Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa – bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah : Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato’ Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato’ Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai pula nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato’ Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato’ Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).
Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri – Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah) – juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar.
Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai “Serambi Mekah” itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.
Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.
Baca selanjutnya...
Tamu ramadhan tamu Al-Quran
Dia mencipta dan Dia memilih. Dia bebas dengan kehendak dan mahuNya. DiciptaNya langit dan bumi, lalu dilayarkan lewat samudera masa dalam 12 bulan yang berulang – ulang. DipilihNya 4 daripadanya, lalu dinobatkan kemuliaannya sebagai bulan – bulan yang haram (mulia). Itulah pilihanNya sedari alam tercipta di tangan dan mahuNya.
Ramadhan adalah daripada 12 tetapi bukan daripada 4 yang terpilih oleh mahuNya itu. Ia terpinggir dari arus kemuliaan tetapi ia tiada gusar! Ia menanti dalam sabar dan rindu. Ia merindu dalam cinta dan tasbih. Saatnya nabi agung terutus, saatnya umat agung terbangkit, ia akan menari dan bersuka ria dalam malam tiada terperi.
Di malamnya, satu daripada 30, dari lapis langit ketujuh tersaksilah pada sekelian alam kejadian janji agung yang terkota oleh al Rabbul Jalil. Turun berjejeranlah dan berbanjar – banjarlah para malaikat Allah didepani ‘al Ruuh’ beralunan lunak tasbih dan tahmid, memuji dan memuja pada meraikan dan merayakan turunnya sebuah janji agung daripada empunya semesta alam, Rabbul alamiin.
Malam itu al Quran turun. Turunlah dari kota Lauh Mahfuz, dari utuh Ummil Kitab, dari sisi arasyNya yang agung. Turunlah ke lapis terbawah daripada langit yang terhias oleh jutaan bintik – bintik bintang bercahaya berkerdipan bagai lampu – lampu neon di majlis perajaan.
Ia malam penuh berkat. Diberkati dan memberkati. Malam Lailatul Qadr. Malam setanding seribu bulan, sejangkau 80 tahun hayat insani. Berimanlah, beramallah di malam terkota janji ganjaran seribu bulan dalam iman dan amal! Bertempiklah, bertakbirlah, manikam janji yang tidak terperi..
Satu malam yang memberkati 30 malam disekelilingnya. Malam – malam Ramadhan yang penuh keberkatan. Dia bertandang kepada kita, tetapi kitalah tetamunya, bukan dia tetamu kita. Dia menjamu dan kita dijamu sepuas – puasnya.
Al Quran turun dari langit diiring Jibril ‘alaihissalam menuju insan teragung, Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam di gua Hira’, gua tauhid dan kebenaran. Bacalah wahai Muhammad, dengan nama Tuhanmu..
Kita di bumi. Al Quran di langit. Ramadhan menarik langit ke bawah dan menolak bumi ke atas. Ramadhan adalah medan masa kita dan al Quran berjabat. Berpeganglah pada tali al Quran sekuat – kuatnya agar kita tidak jatuh ke bumi, ke lembah palsu dan plastik! Atau, al Quran diangkat langit dek tiada yang mengendahinya.
Kallaa! Tidak sesekali tidak! Inilah umat Muhammad. Tercipta untuk terpilih oleh mahu Empunya alam. Terpilih untuk menjadi pemegang amanah kalamNya yang suci dan yang agung hingga dunia digoncang janji dan ajal tuannya. Selagi umat Muhammad, selagi itulah al Quran dibaca, ditadabbur dan dilunaskan dalam medan amal dan perjuangan. Dalam hidup dan kehidupan..
Allah, Allah, Allah.. Aku tersyahdu menghirup al QuranMu. Jadikan aku hambaMu. Kerana aku hambaMu.
Selamat berkunjung ke qaryah Ramadhan. Kampung masa yang kudus dan khusyu’ diterangi juntaian neon ayat – ayatNya yang memancar menerangi dunia yang kelam dan gelap.
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Baca selanjutnya...
Hukuman rotan syariah tidak melukakan
Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.
Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.
Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.- Sumber berita: http://www.malaysiakini.com
Baca selanjutnya...