Ni ada tips skit tentang bagaimana nak melindungi diri atau nak elak dari H1N1. Tapi bukanlah jaminan takkan kena H1N1. Semuanya dgn izin Allah.
1. Beli je Madu dgn Habbatus Sauda bagi tiap-tiap hari kat anak dan diri sendiri. Tapi jgn dah ada simtom-simtom baru nak bagi madu/vitamin C/habbatus sauda. Mungkin kurang berkesan.
- Madu & Habbatus Sauda ni advice dari Specialist Dr for children & baby di sebuah Hospital kat Lembah Klang (apa dia panggil tah specialist ni).
- Saya sendiri try, hari Thursday wife saya dah demam, hari Isnin, baru saya start demam. Tu pun sebab saya share bilik air dan baby saya muntah kat saya.
2. Pakai Mask yang boleh ikat (semua org tau ni). Walau masuk bilik air ofis sekalipun(kecuali ambil wudhu’)
3. Kalau mampu, beli termometer, check temperature anak every morning and before your children go to sleep. Kalau temperature dia suddenly raise to 38 C, cepat-cepat bawak ke specialist. Tak payah tunggu 39 C. Ada sebuah sekolah check temperature murid-murid setiap pagi.
4. Balik rumah, sebelum sentuh anak, mandi dulu. You maybe kebal, but you can bring the viruses to your children or your parents or people with cronic disease or anywhere else.
- Kalau tak silap saya, sunnah nabi, selalu mandi. Wallah hu’alam.
5. Kalau boleh, jgn makan di luar, beli bungkus. Masa beli bungkus tu pun jangan duduk. Sebab virus H1N1 ni boleh hidup sampai 8 jam kat kerusi/meja makan tu. Mana tau ada orang kebal virus ni, dok kat situ, tapi dia sendiri kena virus, tapi setakat selsema je lah.
- ni salah satu punca utama, sebab kebanyakan kedai ambil pekerja Indon. Pekerja Indon bukan kisah pasal kesihatan diri. Demam pun buat tak tau. Tapi tak semualah macam tu.
6. Banyak minum air panas-panas suam. Macam kau beli teh panas suam kat kedai, camtu la panas dia.
7. Kalau ada simtom-simtom tu macam panas badan, jgn bawa ke klinik. Bawa ke specialist hospital yang blh rawat H1N1. Klinik biasa takde test kit. Specialist ada, tapi limited no of test kit dan specialist pun limited to a few hospital. I think 10 hospital je kot dalam Malaysia ni.
8. Basuh tangan dgn sabun berubat, bukan basuh tanpa sabun. Ada beza.
9. Pakai mask pun masih boleh kena jangkitan H1N1, kalau tak diri sendiri, orang lain.
10. Kalau ada saudara/rakan yg kena H1N1 mempunyai baby atau anak pakai pampers, jgn benarkan mereka jaga baby atau anak-anak yang pakai pampers(kecuali bagi minum susu badan). Sebab ikut pengalaman saya, sepanjang saya kena, saya tak bagi bini saya basuh berak anak-anak. Alhamdulillah, takde lah melarat.
11. Selalu bersedekah atau tolong orang. Insya’Allah akan nampak hasilnya, walaupun terkena H1N1 sekalipun.
12. Berdoa/tawakkal, mudah-mudahan di jauhkan. Segalanya berlaku dgn izin Allah semata-mata. Virus H1N1 atau Madu, takde apa-apa kuasa.
SIMTOM-SIMTOM H1N1
Nak tau ada ke tak, tak susah.
Mesti ada ke lima-lima simtom ni pertama di bawah:-
1. Kalau minum madu lepas tu muntah. Kalau perut kita kosong sekalipun, makan madu takkan muntah. Jadi kalau muntah juga tu ada la H1N1.
- Isteri saya, saya dan anak-anak anak yg kena H1N1, muntah lepas minum madu.
2. Minum air panas-panas suam, lepas tu muntah. (kecuali waktu pagi perut kosong)
- Ni saya sendiri alami selama beberapa hari. Isteri saya juga.
3. Temperature suddenly raise to more than 37.5 C.
4. Selsema.
5. Letih badan, macam tak larat. (sebab kurang air)
- sebelum ni tak pernah letih camtu.
6. Kalau yang ada history darah tinggi akan sakit kepala.
7. Kalau yang ada history asthmatic, akan batuk & kahak yg banyak.
Kalau ada tanda2 di atas tu, Insya’Allah cuma early detection. Masih boleh di rawat, syaratnya kena pi cepat-cepat specialist yg ada rawatan H1N1 ni.
Klinik biasa setau saya takde Tamiflu dan test kit. Tu sebab mudah merebak.
Kalau Dah Kena Camne?
Saya ada baca tips minum jus Apple 6 biji. Tak pernah try. Tapi yg ni saya try sendiri. Tak perlu Tamiflu pun fever saya tak tinggi sangat.
1. Bagi minum madu waktu pagi dan ptg.
2. Banyak minum air suam(kecuali ini sahaja saya kurang buat).
3. Dapatkan ubat doktor.
4. Kurangkan keluar. Kalau terpaksa, pakai mask.
5. Cepat-cepat buang tisu yg guna lap hidung (lepas bersin).
6. Berdo'a.
Yang paling penting tolonglah sesama orang Islam, jika ternampak. Jangan tangguh bab membantu orang Islam lain. Tak semestinya kena guna duit atau harta. Menolong sesama Islam itu juga sedekah. Dan sedekah & do'a daripada kedua ibu-bapa/anak Insya'Allah boleh menolak bala.
Saya, isteri dan keluarga, kena H1N1 tempoh hari, dan Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kami semua.
Apa pun, tips ni bukan jaminan apa-apa kpd tuan/puan semua. Kita berusaha je.
Rabu, Ogos 19, 2009
Catatan pesakit Influenza A H1N1 untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan