Jumaat, September 11, 2009

Bangunan paling hodoh didunia?


Adakah ianya adalah satu penghormatan apabila dinobatkan sebagai yang paling buruk tetapi itulah hakikatnya menurut pandangan orang ramai apabila bangunan Hotel Ryugyong setinggi 105 tingkat di bandaraya Pyongyang, Korea Utara ini dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan bangunan paling hodoh didunia.


Bangunan hotel dengan 3000 bilik ini diklasifikasikan sebagai versi istana dulu kala yang mendominasi pemandangan bandaraya ini. Ramai yang berpendapat ianya terlalu hodoh sehinggakan kebanyakan gambar pemandangan yang diambil dibandaraya ini untuk tujuan publisiti terpaksa memadamkan kewujudan bangunan ini.



Pembinaan bangunan ini bermula seawal 1987 namun dihentikan pada 1992 dan nampak tidak mungkin akan disiapkan memandangkan kekurangan dana Korea Utara dan ketiadaan industri pelancongan diwilayah ini. Ianya kekal menjadi satu pemandangan yang tidak ingin dilihat namun akan kekal berdiri disitu untuk beberapa lama lagi tanpa dapat disiapkan.

Tiada ulasan: