SINGAPURA: Seorang kanak-kanak pintar yang mendapat liputan meluas kerana lulus Peperiksaan 'O' Level bagi mata pelajaran kimia ketika berusia tujuh tahun pada 2007, kini diterima belajar di Singapore Polytechnic dan menjadi pelajar termuda di dunia mengikuti pengajian tahun tiga bagi modul institusi menengah tinggi.
Ainan Celeste Cawley, 8, yang berketurunan Ireland-Melayu, mengikuti pengajian bagi pelbagai modul kimia berasaskan makmal, termasuk pengajian tahun satu, dua dan tiga.
Pada mulanya, Ainan mengambil mata pelajaran Analisis Kimia dan Fizikal sebelum mengikuti modul Kimia Inorganik dan Organik tahun pertama, modul Sureh, Unsur Transisi dan Kompleks tahun dua dan modul Wangi-wangian dan Kimia Haruman tahun tiga.
Kanak-kanak yang neneknya, Sabariah Abdul Wahab, 51, berasal dari dari Parit Ya'ani, Johor ini, menduduki peperiksaan GCE 'O'Level pada Januari tahun lepas sebagai pelajar persendirian di British Council.
Namanya tercatat dalam 'The Singapore Book of Records' sebagai kanak-kanak paling muda yang lulus peperiksaan kendalian London Edexcel Board itu.
Periksaan 'O'Level bertaraf lebih tinggi daripada standard Lulusan Sekolah Tinggi Amerika dan lulusan peperiksaan ini diterima masuk secara terus bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah oleh universiti Amerika.
Setelah lulus peperiksaan itu, Ainan mencari universiti di seluruh dunia yang sedia menerimanya melanjutkan pelajaran, sebelum pencariannya berakhir di politeknik berkenaan.
Pada sesi pertama pengajian melibatkan ujian makmal, kanakkanak ini berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan ini menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa kanak-kanak seusianya tidak mampu melakukan uji kaji makmal dengan berkesan.
Antara uji kaji yang telah dilakukan oleh Ainan ialah penyediaan isoamyl acetate (minyak pisang) dan pengasingan limonene daripada buah-buahan sitrus(uji kaji bagi tahun petama) dan penghabluran semula asid benzoik dan penyediaan serta penghabluran aspirin (uji kaji tahun pertama).
Malah, Ainan bersama dua adiknya Fintan, 4, dan Tiarnan, 2, berjaya menghasilkan minyak wangi dengan menggunakan bahan kimia sebagai hadiah untuk ibu mereka sempena sambutan hari ibu.
Ketua Bahagian Analisis Kimia Singapore Polytechnic Dr Ng Kok Chin berkata pihaknya belum pernah menemui kanak-kanak sehebat Ainan.
Bapa Ainan, ahli fizik dan penulis, Valentine Muhammad Cawley dan ibunya Syahidah Osman Cawley, berkata anak mereka amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang mengasah kemahiran sebagai ahli sains makmal di politeknik itu. - BERNAMA
Rabu, September 09, 2009
Ainan Lulus Kimia 'O' level pada umur 7 tahun: Menjadi Kebangaan Ummah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan