Jumaat, September 11, 2009

Mourinho dikecam kerana kritik Puasa


MILAN - Jose Mourinho mendapatkan kecaman hebat apabila dia mempertikaikan soal puasa di bulan Ramadan yang yang dijalani Sulley Muntari. Namun, arkitek Inter Milan itu cuba membela diri dengan menyalahkan pihak media.

Mourinho mengkritik penampilan Muntari yang dinilai kurang bertenaga kerana tetap menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan ini. Itu dilakukan The Special One ketika Inter diikat Bari 1-1 pada satu perlawanan liga Serie A.

Kesannya, kenyataan Mourinho itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan umat islam di Itali. Menurut laporan media massa di Itali, mereka mengecam ucapan pengurus berbangsa Portugis itu dikebanyakan akhbar.

"Jika, ada sesuatu yang terjadi kepada saya, maka andalah yang bertanggung jawab. Situasi yang terjadi dengan Muntari adalah kesalahan Anda," cetus Mourinho kepada wartawan menjelang pertemuan dua gergasi Itali, Inter dan A.C Milan.

"Saya tahu apa yang saya katakan. Apa yang saya katakan ialah anda tidak boleh mengkritik keputusan Muntari ini kerana ia mengenai masalah kepercayaan dan agama," tambah bekas pengemudi Chelsea itu yang dikutip Reuters, Sabtu (29/8/2009).

"Itu ertinya saya menerimanya, saya tidak pernah mengatakan Muntari harus meninggalkan kepercayannya. Jika, ektrimis Islam menyerang saya, maka itu kerana salah Anda," tegasnya.

Tiada ulasan: