TASEK GELUGOR, 11 Sept: Sempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini nampaknya PAS seluruh negara bergerak setapak lagi ke depan dengan mengadakan majlis bersama-sama dengan bukan Islam di samping memberikan bantuan mana yang perlu.
Kalau di Kota Bharu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meraikan Duta Jepun ke negara ini berbuka, manakala di Tasek Gelugor pula, PAS kawasan itu menyumbang bantuan untuk bukan Islam.
Majlis mereka di Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora itu turut dihadiri oleh rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerjaraya Utiliti (Tenaga Air dan Telicom) dan Penggangkutan (Udara, Laut dan Keretapi), Lim Hock Seng dan Exco Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh.
Masyarkat India dari Pokok Machang dan Cina dari Sungai Dua diberikan sekapit beras oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man dengan diringi Lim Guan Eng dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.
Semasa Lim dan rombongan tiba beliau disambut penuh mesra oleh Mudir Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora yang juga bekas calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Sobri Arshad serta Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin.
Ratusan ahli dan penyokong PAS turun datang bersama untuk meraikan majlis berkenaan bermula dengan penyampaian sumbangan, berbuka puasa dan majlis tazkirah yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman.
Pesuruhrjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dalam ucapanya berkata, kini tugasnya semakin berat apabila memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir.
Namun beliau bertekad akan mempergunakan kesempatan itu untuk berkhidmat sebaik mungkin demi rakyat di Permatang Pasir.
"Buat masa ini saya masih diberikan beberapa taklimat khusus pembangunan Negeri Pulau Pinang oleh beberapa agensi kerajaan. Biasalah baru diamanahkan mestilah mereka membekalkan kita pengetahuan tentang kerajaan, " ujarnya.
Hafaz al Quran adalah profesional - Lim Guan Eng
Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapan ringkasnya menegaskan, Umno rasa cemas apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dulunya dihentikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bukan itu sahaja malahan kerajaan negeri juga mengiktiraf para Huffaz sebanding dengan profesional lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lainya.
"Semua itu tidak pernah terfikir oleh Kerajaan BN. Bila kita laksanakan bantuan pada pada Huffaz, Umno mula cemburu dengan menabur fitnah yang berbagai, " terangnya.
Program tersebut juga dihadiri oleh wakil jentera PAS dari Kedah, Haji Fauzi Tahir yang membantu jentera Parlimen Tasek Gelugor yang ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Ara ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos lepas.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
AMIZUDIN AHMAT
Jumaat, September 11, 2009
Indahnya Islam....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan